Ipoh- Faktor biologikal, kimia dan fizikal yang mengancam kesihatan serta kesejahteraan manusia sejagat merupakan agenda utama dalam menangani isu kesihatan persekitaran.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizi bin Baharin @ Md Daud berkata kesihatan persekitaran memainkan peranan penting dalam pelaksanaan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) yang mampu meningkatkan kualiti kehidupan dalam pelbagai sektor.

Sambutan Hari Kesihatan Persekitran Sedunia selain memperingati kepentingan kesihatan persekitaran ia jugamendedahkan tentang peranan kesihatan dalam penjagaan kebersihan persekitaran, selaras dengan sasaran misi Menuju Ipoh Bersih 2023.

SDG juga dikenali sebagai Matlamat Global yang diterima pakai oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 2015 yang bertindak menamatkan kemiskinan, melindungi planet bumi dan memastikan semua penduduk menikmati keamanan serta kemakmuran.

Pembangunan haruslah mengimbangi kemampanan sosial, ekonomi dan alam sekitar. Ia juga mampu menangani perubahan iklim dan berusaha untuk memelihara lautan dan hutan. Sekiranya sistem kesihatan persekitaran diinstitusikan dengan baik, pastinya sasaran yang ditetapkan akan mudah dicapai,” katanya selpas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Majlis Bandaraya Ipoh Tahun 2022 @ Car Free Day di Persiaran Dewan Bandaraya di sini hari ini.

Hadir sama Presiden Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia, Megat Azman Megat Mokhtar dan Ahli-Ahli Majlis Bandaraya Ipoh.

Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia disambut pada 26 September setiap tahun. Tema sambutan tahun ini ialah Memantapkan Sistem Kesihatan Persekitaran Untuk Pelaksanaan Matlamat Pembangunan Lestari.

Program ini turut disertai oleh ahli-alhi Persatuan Kesihatan Environmen Malaysia, Persatuan Pegawai Kesihatan Persekitran Malaysia , Pegawai Kesihatan Persekitaran dan Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran dari seluruh Malaysia seramai 100 orang.