IPOH - Seramai 30 peserta wanita telah menyertai kursus kemahiran bubahan bouquet yang diadakan di Dewan Orang Ramai Kampung Jasa, Ulu Chemor di sini semalam.
Ahli Majlis Bandaraya Ipoh Zon 2, Puteri Holijah Muhammad Rali berkata, kursus ini berjalan dengan jayanya dan mendapat sambutan baik.
Katanya, penganjuran kursus ini adalah untuk memberi pendedahan serta kemahiran dalam gubahan hiasan bouquet.
"Taniah dan syabas diucapkan kepada para peserta yang begitu komited sepanjang program dijalankan.
"Semoga para peserta dapat memafaatkan ilmu dan kemahiran yang dipelajari untuk digunakan sebaiknya bagi membantu menjana pendapatan," ujarnya.
Kursus ini juga dijayakan dengan kerjasama Persatuan Usahawan Wanita Perak sebagai sebahagian daripada inisiatif Program Pemberdayaan Wanita.
Kata Puteri Holijah, pada masa hadapan lebih banyak kursus atau program kemahiran serupa akan dianjurkan bagi komuniti Zon 2 dengan menariklebih ramai penyertaan.