IPOH - Pelbagai jualan dan gerai usahawan turut serta pada Karnival Barangan Malaysia yang sedang berlangsung pada hari ini sehingga Ahad di pekarangan Mydin Mall, Meru Raya di sini.
Antaranya ialah gerai Koperasi Usawahan Bersatu Ipoh Perak Berhad (Kopubi) yang turut berada di sana sepanjang karnival ini berlangsung.
Pengerusi Kopubi, Sharul Baha Abd Rahman berkata, orang ramai boleh mendapatkan barangan edaran Kopubi seperti produk Bidara Wirawahyu dan Snek Sayur Vegilicious yang sedang laris di pasaran.
"Seperti yang kita semua tahu, kerajaan ketika ini sedang giat berusaha memulihkan semula sektor ekonomi negara pasca pandemik Covid-19.
"Jadi, penganjuran karnival ini sangat tepat dan pada masa sama menggalakkan orang ramai menyokong produk tempatan sekali gus mengukuhkan ekonomi setempat," ujarnya.
Gerai Kopubi berada di booth nombor 3 Karnival Barangan Malaysia.
Jom kome, ajak orang kampung semua datang meriahkan lagi Karnival Barangan Malaysia di Mydin Mall Meru Raya Ipoh.