Ipoh- Lipstick Vs Pomade Trial Run 2022 (LVsPTR2022) kini kembali semula untuk musim kelima dengan lebih mencabar dan sensasi.
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi, sambutan yang menggalakkan pada empat musim lalu menarik minat Torism Perak bersama Persatuan Informasi Dan Kesihatan Perak (PIKP).
“Sasaran peserta untuk musim ke lima ini ialah seramai 500 orang penyertaan. Sehingga kini, lebih daripada 300 orang telah mendaftar dan penyertaan masih dibuka.
“Cabaran larian melibatkan laluan kampung Orang Asli, kampung sekitar Sahom serta sekitar kawasan terdekat.
“Untuk mewujudkan kelainan cabaran, pihak penganjur memilih beberapa lokasi baharu melibatkan jarak yang lebih jauh. Tambahan tiga kategori juga dilakukan iaitu 30 kilometer, 15 kilometer dan Fun Run sejauh 5 kilometer. Penyetaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia,” katanya pada sidang media Lipstick Vs Pomade Trial Run 2022 pada 26 Septermber 2022 lalu.
LVsPTR2022 akan berlangsung pada 23 Oktober 2022 di sekitar Sahom Valley Resort, Kampar. Hadiah yang ditawarkan berupa wang tunai dari tempat pertama hingga kelima.
Hadir sama Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa dan Pengerusi Persatuan Informasi Dan Kesihatan Perak, Noradidah Mokhtar.
Menurut Nolee, pemilihan Sahom Valley Resort sebagai lokasi LVsPTR2022 kerana Sahom Valley Resort produk eko pelancongan yang terkenal di daerah Kampar.
“Negeri Perak sememangnya kaya dengan sumber alam semulajadi yang dijadikan sebagai ekopelancongan dan ternyata mampu menarik ramai pelancong sejak pembukaan semula sektor pelancongan di seluruh negara.
“Sahom Valley Resort merupakan salah satu produk ekopelancongan makin dikenali. Ia melengkapi sebagai produk ekopelancongan lestari yang membolehkan pelancongan menghayati alam semula jadi dengan lebih mesra.
“LVsPTR2022 secara langsung mendidik para peserta mengenai bertapa pentingnya kita menghargai khazanah yang tinggi nilainya serta memberi manfaat kepada kehidupan kita,” ujarnya.
Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Kiki Amir di talian011-3785 7998. - PERAKTASTIC