IPOH- RIUH BENOR, masuk hari ke-3 dan terakhir malam ini telah menyaksikan pelbagai acara dan produk kesenian dari pelbagai bangsa dan budaya. 

Pengerusi Kumpulan MyCreative, Noor Azmi Mat Said berkata beliau menganggarkan seramai 20,000 orang pengunjung bakal hadir menyaksikan RIUH BENOR kali ke lima selepas Johor, Sabah, Melaka dan Kelantan.

Kembara RIUH Keluarga Malaysia (KRKM), merupakan edisi ke-5 bermula 21 hingga 23 Oktober 2022 yang berlangsung di Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Ipoh.

Sejak diperkenalkan pada 2017, jenama RIUH telah berjaya menyokong lebih 2,053 penggiat industri kreatif dan telah menarik lebih 350,000 pengunjung.

Pada 2022, ia juga telah berjaya mempertingkatkan aktiviti ekonomi dengan mewujudkan 2,238 peluang pekerjaan kepada masyarakat setempat.

KRFM kali ini, bakal mewujudkan lebih 7,000 peluang pekerjaan dan menyokong lebih 5,000 pengamal kreatif tempatan serta perniagaan di 14 lokasi di seluruh negara,” kata dalam ucapan sempena Perasmian Kembara RIUH Keluarga Malaysia, Jumaat lalu.

Sejumlah 82 vendor tempatan termasuk 47 peruncit dan 35 gerai makananberkampung bagi mempromosikan produk masing-masing.

Pelbagai pertunjukan kebudayaan, persembahan muzik dan tarian, pameran seni, kedai pop timbul, aktiviti komuniti, serta bengkel ekokreatif pembuatan pasu daun konkrit, minyak wangi, lilin soya dan topi pewarna dapat disaksikan oleh pengunjung.Malam ini, penyanyi tersohor bersuara lunak, Ning Baizura bakal mempersembahkan nyanyiannya disamping beberapa persembahan lain.

Menurut Noor Azmi Mat, edisi kali ini memfokuskan elemen eko-kreatif melalui bengkel dan demonstrasi yang mempromosikan penggunaan amalan lestari.

Ini selaras dengan Program Pembangunan Sejahtera Perak 2030 dan Pelan Perancangan Strategik Majlis Bandaraya Ipoh untuk menjadikan Ipoh sebagai Bandar Rendah Karbon menjelang tahun 2030, ujarnya.