IPOH- Majlis Bandaraya Ipoh kini sedang giat berusaha bagi mendapatkan pengiktirafan UNESCO Creative City Network (UCCN) yang dijangka pada penghujung tahun hadapan.

Datuk Bandar Ipoh, Dato’ Rumaizin Baharin @ Md Daud berkata pengiktirafan UCCN merupakan salah satu sasaran dalam Pelan Tindakan Penjenamaan Pelancongan Wilayah Grater Ipoh 2025.

“Kita telah mendapat kebenaran daripada Kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Pelancongan dan kesemua ‘dossier’ (laporan) aktiviti harus disiap untuk dihantar kepada pihak Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebelum 30 Jun 2023.

“Bagi merialisasikan hasrat itu, aktivti seni dan kreatif seni semestinya sentiasa berkembang biak di bandar raya Ipoh. Sekiranya semua berjalan dengan lancar, kemungkinan pengiktirafan UCCN akan diperolehi pada November 2023.

“Selain faktor persekitaran, aktiviti seni dan kreatif seni haruslah dilihat menerusi sudut kemasyarakatan dan infrastruktur berkualiti dalam kelompok itu sendiri,” katanya kepada Ipohecho selepas pertandingan akhir Battle Of The Buskers di Lorong Seni @Lorong Panglima, di sini hari ini.

Sebanyak lima buah kumpulan busker berentap dan juara telah disandang oleh kumpulan Gringgo n Friends dengan membawa pulang wang tunai RM1,000; naib juara Pocket Buskers (RM700), Ketiga Non Stop Buskers (RM300), Kelima The Angelique (RM200) dan Keenam Bukhari- (RM100). Persembahan terbaik jatuh kepada kumpulan Non Stop Buskers, mereka menerima sebuah piala.

Hadir sama, Ahli Majlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan MBI, Dato' Ahmad Hariri Kamarudin.

Pada masa yang sama, Rumaizi menjawab beberapa rugutan para peniaga Lorong Seni yang menyatakan sambutan orang ramai terhadap Lorong Seni kurang menggalakkan kerana waktu perniagaan yang singkat.

“Pihak majlis sebenarnya tidak menghadkan waktu perniagaan seperti yang ditetapkan sehingga jam 1.00 tengahari. Terpulang kepada para peniaga itu sendiri untuk meneruskan perniagaan selepas waktu ditetapkan. Sebarang permintaan dari para peniaga boleh dipertimbangkan,” ujarnya.