Ipoh- Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah prihatinnya Econsave terhadap keluarga Mohamed Safri Sabri Zainudin, 35, bapa kepada Nur Aqilah Zahra Mohamed Safri Sabri, berusia lapan bulan yang menderita penyakit Bilateral Lambdoid Suture Craniosynostosis.

Pengurus Econsave Cawangan Chemor, Shah Effendy Rosman bersama warga kerja Econsave bergegas ke rumah Mohamed Safri di Lahat, Ipoh untuk melihat sendiri dan menghulurkan sumbangan kepada keluarga kurang bernasib baik ini.

Saya difahamkan adik Nur Aqilah Zahra yang berusia lapan bulan ini memerlukan bantuan memandangkan sumber pendapatan keluarga Mohamed Safri menghadapi masalah.

Sumbangan ini, merupakan barangan keperluan harian berjumlah RM1,000 yang disalurkan menerusi program Tangungjawab Sosial Korperat (CSR).

Pihak Econsave berharap sumbangan ini mampu meringankan bebanan yang dihadapai oleh Mohamed Safri sekeluarga,” katanya kepada Peraktastic.

Sementara itu, Mohamed Safri berkata pihaknya berasa terharu terhadap sumbangan yang dihulurkan oleh Econsave.

Tiada apa yang saya ingin perkatakan kecuali ucapan terima kasih kerana keprihatinan pihak Econsave kepada kami. Sumbangan ini sangat membantu meringankan perbelanjaan kami sekeluarga.

Walaubagaimanapun, saya tetap berusaha untuk terus melakukan kerja-kerja demi memastikan keluarga saya dalam keadaaan yang baik terutamanya anak bongsu saya yang akan menjalani pembedahan kepalanya yang semakin membimbangkan.

Saya harus bekerja lebih keras untuk mengumpul wang bagi persediaan pembedahan anak saya nanti. Kos perbelanjaannya nanti sememangnya besar dan saya tidak mampu. Tapi apa boleh saya lakukan berusaha semana mampu,” katanya.

Nur Aqilah Zahra, diarahkan oleh doktor Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) menjalani pembedahan pembentukan kepala yang tidak sempurna di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dengan segera kerana struktur kepalanya semakin tertekan dan membesar. -PERAKTASTIC-