IPOH- Acara sambutan Perayaan Hari Thaipusam bagi tahun 2023 di Ipoh, Perak akan berlangsung dari 3 Februari 2023 sehingga 7 Februari 2023.

Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Yahaya Hassan berkata antara acara yang utama ialah perarakan pedati (Chariot) dan kavadi dari kuil Sri Maha Mariamman, Sungai Pari, Buntong ke Kuil Sri Subramaniar di Gunung Cheroh.

“Perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman di Sungai Pari, Buntong ke Kuil Sri Subramaniar, Gunung Cheroh akan bermula pada 3 Februari 2023 (Jumaat) jam 6.00 petang dan dijangka selesai pada 4 Februari 2023 (Sabtu) jam 12.30 pagi.

“Manakala, perarakan balik pedati (chariot) dari Kuil Sri Subramaniar, Gunung Cheroh ke Kuil Sri Maha Mariamman, Sungai Pari, Buntong akan bermula pada 6 Februari 2023 (Isnin) jam 4.30 Petang, dan dijangka selesai pada 7 Februari 2023 (Selasa) jam 10.30 pagi,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lencongan/penutupan jalan secara berperingkat akan dilaksanakan semasa perarakan pedati (chariot) melibatkan jalan-jalan dari Kuil Sri Maha Mariamman di Sungai Pari, Buntong melalui Jalan Sungai Pari-Jalan Tun Perak; Jalan Tun Perak-Jalan Lahat; Jalan Lahat-Jalan Perhentian; Jalan Lahat-Jalan Sultan Yusoff; Jalan Sultan Yusof-Jalan Sultan Iskandar; Jalan Sultan Idris Shah-Lampu Isyarat Jalan Laxamana; Jalan Sultan Idris Shah-Lampu Isyarat Jalan Raja Musa Aziz; Jalan Datuk Onn Jaafar-Jalan Raja Musa Aziz; Jalan Raja Musa Aziz-Jalan Dato' Ahmad Said dan Jalan Raja Musa Aziz-Bulatan Hospital.

Menurutnya Yahaya Hassan, pergerakan balik pedati (chario) dari Kuil Sri Subramaniar, Gunung Cheroh Ke Kuil Sri Maha Mariamman, Sungai Pari, Buntong akan melalui laluan yang sama.

“Perarakan kavadi dari Kuil Sri Maha Mariamman, Sungai Pari, Buntong Ke Kuil Sri Subramaniar, Gunung Cheroh akan bermula pada 5 Februari 2023 (Ahad) dari jam 6.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah malam.

“Lencongan/penutupan jalan juga akan dilaksanakan secara berperingkat di jalan-jalan seperti Jalan Tun Perak; Jalan Lahat; Jalan Sultan Yusoff; Jalan Sultan Idris Shah; Jalan Dato' Onn Jaafar dan Jalan Raja Musa Aziz.

“Pihak polis ingin memberi nasihat kepada semua pengguna jalan raya di sekitar bandaraya Ipoh agar merancang perjalanan dan sentiasa mematuhi arahan semasa daripada petugas polis trafik di jalan-jalan yang terlibat dalam lencongan/penutupan berperingkat pada tempoh tersebut.,”katanya.