IPOH - Orang ramai dijemput menghadiri Karnival Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) MOSTI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim.

Karnival anjuran MOSTI ini akan berlangsung selama dua hari bermula esok.

Masyarakat setempat khususnya warga Tanjung Malim dan termasuklah Selangor utara boleh datang sebaik karnival bermula pukul 9 pagi hingga 5 petang.

Dalam kenyataan MOSTI memaklumkan, pengunjung khususnya yang hadir bersama anak-anak dapat menerokai dunia sains, teknologi dan inovasi yang menakjubkan.

"Pelbagai aktiviti menarik, interaktif dan hadiah menanti anda. Antaranya pameran interaktif STI, tayangan mini planetarium dan pencerapan solar.

" Turut diadakan ialah drone dan STEM Challenge, Let's Experiment, pertunjukan sains, aktiviti robotik dan DIY Roket," ujar kenyataan itu.

Moh ler ke sane yer, beramai-ramai kita memeriahkan Karnival STI MOSTI dan masuk adalah percuma.