IPOH: Meriah dan muhibbah!, begitulah yang hendak diperkatakan tentang program Keretapi Sarong 2023 (KS2023) yang diadakan di perkarangan Keretapi Tanah Melayu (KTM), Ipoh, hari ini.

Program KS2023 disertai lebih 1,000 orang mengenakan busana tradisional pelbagai kaum serta etnik sejak seawal pagi menggamatkan suasana dengan acara ‘flash mob’.

Puteri Norzulaika Datu Bolkiah, pelajar Politenik Ungku Omar Ipoh berkata peluang menyertai program KS2023 sememangnya dinantikan.

Program ini sangat menarik, selain dapat memperagakan busana tradisional ia juga dapat memperlihatkan imej masyarakat yang berbilang kaum.

Saya kagum dengan semangat generasi baharu yang tetap bangga berbusana tradisional dan berarak lebih 2 KM sambil membawa bendera Malaysia.

Program ini berjaya mengeratkan hubungan semua kaum dan sememangnya harus diteruskan,” katanya kepada Ipoh Echo.

Seorang lagi peserta dari Kuala Lumpur, Nur Hareeza Halishan, 24, berkata menerusi program KS2023 beliau berpeluang menyambut Hari Malaysia bersama kawan-kawan lama.

Tahun ini saya memilih Ipoh untuk menyertai program ini, walaupun di Kuala Lumpur sambutan KS2023 lebih meriah.

Saya pernah berlajar di Ipoh dan sudah tentu menerusi program ini saya dapat berkumpul semula dengan kawan-kawan lama.

Acara ini berjaya memupuk perpaduan berbilang bangsa. Sebagai generasi baharu, kita harus sentiasa menghargai negara dan warisan kita. Kalau tidak kita siapa lagi,” katanya.

Program KS2023 merupakan anjuran pertubuhan bukan kerajaan (NGO), LOCCO dan Kelab Sosial Ipoh (ISC) bertemakan 'etnik'. Ia turut berjaya mengumpulkan peserta dari beberapa negeri.

Pengasasnya, Deena Erissa Delaila Mohd Zawawi berkata program tahun ini mengetengahkan tema ‘etnik’ perbagai kaum.

“Saya kagum dengan kesungguhan orang ramai yang tampil mengenakan busana sarong dan etnik yang bukan sahaja melibatkan peserta dari negeri Perak, tetapi dari negeri lain seperti Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.

Program ini kan diteruskan pada masa hadapan kerana ia mampu memupuk semangat cintakan negara dan warisan budaya,” katanya.

Sementara itu, menerusi berita atas talian melaporkan lebih 10,000 rakyat Malaysia berbilang kaum menyertai program KS2023 di Kuala Lumpur.

KS2023 juga berlangsung serentak di Kuala Lumpur, Johor Baharu, Kuala Terengganuserta di London, United Kingsom. - PERAKTASTIC-