Ingin mencipta detik indah bersama pasangan di bawah cahaya senja penuh romantik dan privasi?

Pakej “Moonlight Romantic Dinner” di 7 Sky @ MH Hotel Ipoh adalah pilihan sempurna, bukan sahaja untuk Hari Valentine pada 14 Februari, tetapi juga untuk meraikan ulang tahun perkahwinan dalam suasana intim dan elegan.

Setiap pasangan akan menikmati pengalaman makan malam eksklusif dengan pakej RM298 untuk dua orang, yang termasuk sajian pembuka berupa Hickory Smoke Pulled Lamb Crostini, daging kambing dimasak perlahan beraroma salai, dipadankan dengan sos lada manis yang seimbang.

Hidangan ini diikuti dengan Seafood Chowder Volute, sup krim lembut yang diserlahkan dengan sentuhan minyak basil manis yang harum.

Bagi hidangan utama, tetamu boleh memilih dua daripada tiga sajian premium. Antaranya ialah Poulet Leg Fermier Roti, disajikan bersama jus ayam, puri kentang, brokoli bakar arang, madu kelulut salai, sos soya, enoki rangup, lobak salai dan pucuk pea segar.

Pilihan lain termasuk 31 Month Aged Grana Parmesan Crumb Salmon, salmon berkualiti tinggi yang disaluti parutan keju parmesan matang 31 bulan, lengkap dengan sos saffron beurre blanc, minyak basil manis dan hiasan herba segar.

Bagi pencinta daging merah, 7 Sky Signature Herb Crusted Rack of Lamb ditawarkan sebagai hidangan istimewa bersama sos lada merah jambu, puri kentang, zaitun hitam, brokoli bakar dan enoki rangup.

Malam romantis ini dilengkapkan dengan pencuci mulut Classic Caramel Pudding Marzano, yang lembut dan manis seimbang, disajikan bersama taburan kelapa bakar serta gula-gula biji labu.

Menu istimewa ini digarap oleh Junior Sous Chef Muhammad Syamil Zaki, yang memiliki tujuh tahun pengalaman profesional termasuk pernah berkhidmat di restoran Gordon Ramsay di Sunway City Kuala Lumpur, menjanjikan sajian bertaraf antarabangsa.

Suasana makan malam diperkaya dengan muzik akustik secara langsung, mencipta pengalaman romantik dan tenang, sementara panorama indah bandar Ipoh dari aras tinggi menambah sentuhan eksklusif.

Bagi pasangan yang ingin menambah pengalaman romantik, Room + Valentine’s Dinner Package bermula dari RM498 nett satu bilik semalam, termasuk makan malam untuk pasangan (2 pax) dan sarapan untuk 2 orang. Bilik di hias cantik dan tenang, menyerupai bilik pengantin yang penuh romantik, menambahkan lagi keintiman malam yang diraikan.

Jam operasi adalah dari 6 petang hingga 11 malam, dan pihak pengurusan menggalakkan tempahan awal kerana tempat adalah terhad serta sambutan dijangka menggalakkan.

Pakej ini adalah pilihan ideal bagi pasangan yang ingin menikmati malam romantik dengan hidangan eksklusif bertaraf hotel, panorama senja mempesonakan, dan penginapan istimewa yang sukar dilupakan. -Peraktastic-