Kuala Kangsar-  Madu Kelulut antara produk agro yang ternyata digunakan secara meluas dalam perubatan tradisional sebagai rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit, pemakanan, dan kesihatan manusia.

Menyedari akan keistimewaan madu yang telah disebut secara spesifik di dalam al-Quran, ianya menjadi inspirasi komersial kepada dua saudara remaja sebagai usahawan madu kelulut.

Muhammad Azri Samsunooor Anuar, 22, dan Muhammad Syafiq Hamidi, 22, merupakan saudara sepupu yang berkarisma tinggi serta mempunyai propektif tersendiri sebagai usahawan muda yang berjaya.

Muhammad Syafiq berkata perusahaan madu kelulut yang sedang diusahakannya ini merupakan perusahaan warisan yang diilhamkan oleh datuknya Allahyarham Ahmad Basri dan seterusnya bapanya, Hamidi Ahmad Basri, 66.

“Ayah saya menjadi tunggak utama kepada syarikat Kelulut Warisan Tok Ri. Saya bersama sepupu saya hanya meneruskan legasi ini atas dasar minat dan melihat perusahaan ini mempunyai harapan cerah.

“Bermula dari satu sarang kelulut yang dibeli oleh ayah dengan harga RM800 pada tahun 2015 kini telah mencecah lebih 400 sarang kelulut yang diusahakan. Kami tidak menduga kelulut ini mudah membiak dengan cepat. Mungkin faktor persekitaran yang sesuai kepada habitat kehidupan mereka di sini”, katanya ketika di temubual di rumahnya dia Kampung Jerlun, Kuala Kangsar.

Sementara itu Muhammad Syafiq turut mendemotrasikan bagaimana mengenali keaslian madu kelulut keluaran mereka. Dia meletakkan madu ke atas pinggan dan dimasukkan air, setelah itu pinggan digoyangkan lantas kelihatan madu kelulut itu membentuk lingkaran propolis sebelum ianya larut sepenuhnya. Lingkaran propolis yang kelihatan itu menandakan madu kelulut itu adalah asli.

Terdapat empat jenis kelulut yang dipelihara antaranya Geniotrigona Thoracia, Heterotrigona Itama, Lophotrigona Canifrons dan Lepidotrigona Terininata. Pokok bunga ‘air mata pengantin’ yang hidup segar dikeliling kawasan antara tumpuan utama ribuan kelulut sebagai sumber madu. 

 “Di sebabkan persekitaran yang subur dengan kepelbagaian tumbuh-tumbuhan berbunga, hasil pungutan madu kelulut untuk dua kali dalam sebulan mencecahi lebih 80 kilo. Jumlah ini adakalanya tidak dapat menampung permintaan yang tinggi dari pencinta madu kelulut dari dalam dan luar Perak.

“Syarikat Warisan Tok Ri selain sebagai pengeluar produk madu kelulut asli, kami juga menghasilkan produk sabun kecantikan yang terbahagi kepada tiga jenis iaitu sabun madu bidara, sabun madu beras pulut, madu propolis. Ianya dihasilkan secara tradisional yang ternyata banyak memberi manfaat kepada kesihatan dan kecantikan”, katanya.

Untuk mendapatkan madu asli kelulut dan produk sabun Warisan Tok Ki bolehlah menghubungi Muhammad Syafiq 010 270 0395 dan Muhammad Azri 012 435 1846.

End//