IPOH- Cik B anak kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan nama Datuk Vida muncul dengan singlenya pertama menerusi laman sosial YouTube.

Lagu berjodol ‘Tolonglah’ mengenengahkan genre rap yang liriknya dihasilkan oleh Cik B dengan kerjasama seorang komposer ‘rahsia’ kini telah mencecah 238 ribu pengikut di youtube sejak pelancarannya semalam.

Cik B atau nama sebenarnya Nor Edlynn Zamilieen, 15, berkata single pertamanya itu merupakan luahan hatinya yang berkisar di zaman kanak-kanaknya.

“Kisah silam dizaman kanak-kanak yang penuh tragis saya abadikan dalam single ini sebagai langkah pertama saya di bidang seni suara. Lagu ini menggambarkan pahit getir yang dilalui dizaman kanak-kanak sehingga mempengaruhi kehidupan saya hari ini.

“Kini saya bangun semula dengan kenyakinan diri setelah mendapat galakkan dan semangat dari mama untuk cuba berjaya di bidang seni.

“Dulu saya seorang yang tidak berkeyakinan dan sentiasa menyendiri. Hari ini saya bangun dan bersedia menepis sebarang kritikan-kritikan dari warganet atau netizen setelah mereka mengikuti single pertama saya di YouTube ”, katanya kepada Peraktastic selepas pelancaran single pertamanya di kediamanya di Meru Hight, Jelapang disini malam tadi.

Cik B merupakan anak ketiga Dato’ Vida juga berbakat dalam dunia seni lakonan. Drama pertamanya Lelaki Lingkungan Cinta arahan Emi Suffian, telah ditayang sejak  21 Oktober 2020 di slot Lestary TV3 mula mencuri hati peminat drama melayu.

Menurut Dato’ Vida, beliau mahukan Cik B mengilap bakat seninya disamping mampu berhadapan dengan dunia luar bagi membentuk kenyakinan diri agar dia terus maju dalam apa juga bidang yang dia minati.

“Saya telah nampak bakat yang ada pada Cik B menerusi lakonan dan nyanyiannya namun ini adalah permulaan untuk dia terus maju ke peringkat seterusnya.

“Kemungkinan satu hari saya akan bersama-sama Cik B merakam suara dalam genre balada pula namun sekarang saya lepaskan Cik B menentukan ganre muzik yang ia minati”, ujarnya.