IPOH- Orang ramai berpeluang menyumbangkan RM0.30 kepada pelajar sekolah rendah Orang Asli Orang Asli dalam Kempen Penggalangan Dana Amal ‘Brighter Future with Top’.

Pengurus Pemasaran,Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li berkata kempen pengumpulan dana amal ini memasuki tahun ke lima dimana tahun ini lebih memberi erti kepada penerima  iaitu masyarakat Orang Asli di negeri negeri terpilih.

“Kita sedang berhadapan dengan pendemik Covid Covid -19 yang sememangnya memberi impak yang besar kepada seluruh masyarakat dunia.

“Untuk itu kami menjalingkan kerjasama dengan semua kedai TESCO, dan TESCO Online dari 1 Disember hingga 31 Disember 2020 dengan penjualan produk pencuci TOP.

“Setiap pembelian sebanyak RM0.30 akan disumbangkan bagi mengumpulkan dana dan akan diserahkan kepada wakil Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA). Seterusnya pihak JAKOA akan menyampaikan kepada masyarakat Orang Asli pada 15 Januari 2021, menjelang penggal sekolah yang baru”, katanya ketika pada satu kenyataan media hari ini.

Menurutnya tiga sekolah rendah Orang Asli akan menerima dana terkumpul bersama produk pencuci TOP. Antara sekolah-sekolah tersebut ialah SK Kampung Kudong, Bekok Johor; SK Pos Dipang Jeram, Pera dan SK Terisu, Cameron Highlands, Pahang. 

Sepanjang tempoh kempen dari 1 hingga 31 Disember 2020, produk pencuci TOP akan dijual dengan harga istimewa di semua kedai TESCO dan TESCO secara dalam talian.

Untuk mengetahui lebih lanjut sila lawati http://www.southernlion.com.my atau hubungi talian khidmat pelanggan di 1800-88-0133.