IPOH - Awas! Jangan terpedaya dengan penyamar yang mengenakan seragam Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) yang meminta wang atau ganjaran daripada pemilik premis makanan di sekitar bandaraya ini.

Susulan kejadian tersebut, MBI bertindak membuat laporan polis supaya tindakan dapat diambil terhadap mereka yang tidak bertanggungjawab mencemarkan nama baik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Justeru, MBI menasihatkan wargakota Ipoh supaya lebih berhati-hati memandangkan MBI mengamalkan polisi tidak menerima hadiah atas perkhidmatan diberikan kepada penduduk di bandaraya ini.

Sehubungan itu, penduduk Ipoh disarankan untuk melaporkan kepada Unit Integriti MBI di saluran Aduan Integriti yang boleh diakses di Portal MBI,Facebook MBI dan emel di This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. jika berhadapan dengan situasi tersebut.