IPOH, 12 Mei - Pasaraya Econsave menyumbangkan sebanyak 40 buah bungkusan keperluan dapur kepada petugas-petugas media perak hari ini.

Pengerus Econsave Bercham, Shah Effendy Rosman berkata sumbangan itu diharapkan dapat mengurangkan sedikit bebanan kepada petugas media terutamanya yang terkesan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula 18 Mac 2020 sehinggalah Perintah Kawalan Bersyarat (PKPB) yang dilanjutkan sehingga 9 Jun 2020.

“Sumbangan ini menandakan bahawa hubungan dan kerjasama kami terhadap rakan-rakan media khasnya dari Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak (KSKMP) tetap terjalin walaupun kita masing-masing sedang sibuk bersatu menangani krisis Covid-19 sehingga hari ini.

“Sumbangan ini juga merupakan salah satu aktiviti khidmat sosial kami (CSR) yang pada masa ini masih diteruskan bagi membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. 

“Rakan-rakan media juga merupakan petugas barisan hadapan yang penting bukan sahaja semasa krisis covid-19 ini, malah mereka sentiasa bersedia setiap masa apa saja tugasan bagi menyebarkan maklumat kepada orang ramai. Jadi dengan itu pihak pengurusan merakamkan ucapan terima kasih diatas kerjasama yang diberi”, katanya sebagai mewakili Pengurus Besar Bahagian Utara-2, Mr Chua Yong Chiang. 

Sumbangan itu telah disampaikan kepada Presiden Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak, Rosli Mansor Ahmad Razali.

Rosli Mansor berkata pihak KSKMP mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Econsave yang selama ini sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada pihak media.

“Hubungan yang rapat antara KSKMP bersama Econsave diharapkan akan terus terjalin erat pada masa hadapan. Kami mengenali Econsave sebagai salah satu pasaraya yang sentiasa peka dan prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik.

“KSKMP sentiasa akan memberi kerjasama yang baik kepada pihak Econsave dalam apa saja aktiviti CSR yang dijalankan. Sumbangan ini amat bermakna kepada petugas-petugas media terutamanya yang berpendapatan rendah dah sambilan”, katanya.