Ipoh- Pencinta kraftangan seramik julung kali berpeluang menyaksikan pameran ‘Indahnya Dunia Seramik’ yang sedang berlansung di Rumah Tradisional Labu Sayong, Bandar Meru Raya,Ipoh.

Ketua Eksekutif Tourism Perak, Nurmalis Musa berkata pameran seramik ini diadakan secara fizikal bagi para peminat seramik menghayati seni seramik komtemporari dan kreatif di kalangan anak tempatan.

“Melalui pameran ini pihak penganjur mengenengahkan hasil seni karyawan baru yang terdiri daripada graduan dan pelajar UiTM dalam usaha mengkomersialkan produk ke peringkat global.

“Selain penglibatan pelajar-pelajar ianya juga disertai oleh ahli-ahli penganjur utama pameran ini iaitu Persatuan Pengusaha Seramik Negeri Perak (PERSERA), pengsyarah UiTM dan artis seramik perseorangan.

“Pameran kraftangan seperti ini seharusnya teruskan bagi memperkenalkan kepada masyarakat akan kesenian buatan tangan yang sejak dulu menjadi warisan dan kebanggaan semua”, katanya selepas merasmikan Majlis Perasmian Penutup Pameran “Indahnya Dunia Seramik”, di Rumah Tradisional Labu Sayong, Bandar Meru Raya,Ipoh, di sini, hari ini.

Pameran ini berlangsung pada 15 Mac hingga 31 Mac 2021. Sebanyak 38 produk seramik dipamirkan dan pengunjung boleh membeli secara terus.  Purata harga yang ditawarkan ialah diantara RM150 ke RM3,000.

Sementara itu Pengerusi PERSERA, Noormah Ismail berkata pihaknya turut menyampaikan dua anugerah kepada karyawan seni seramik yang telah banyak berjasa melalui sumbangan cemerlang dari segi ilmu dan karya bernilai.

Anugerah Ilmuan Seramik PERSERA 2021 telah diberikan kepada Pensyarah Kanan, Jabatan Seramik, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, UiTM Cawangan Perak yang juga Ahli Jawatankuasa Pakar Seni Halus Jabatan Warisan Negara serta ahli penyelidikan Martaban Jar Muzium Negara, Dr Salwa Ayob.

Sementara Anugerah Karyawan PERSERA 2021 telah diberikan kepada Adiguru Kraf Tembikar Sayong dari Kampung Kepala Bendang, Sayong, Kuala Kangsar, Zulkafly Pandak Bedin.

Peminat seramik yang tidak berkesempatan hadir di pameran ini, bolehlah melayari laman web www.perseraperak.wixsite.com. Melalui laman sesawang itu, pengunjung berpeluang melihat geleri virtual dan membeli secara atas talian.

End//