Pasir Salak- Pasir Salak sememangnya terkenal dengan sejarah kebangkitan nasionalisme orang Melayu menentang penjajahan British pada tahun 1875.

Pelbagai peninggalan sejarah di mukim kecil yang terletak di tepi Sungai Perak, Perak Tengah, ini semakin terabai dan dilupai oleh generasi kini.

Menyedari kepentingan ini, Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputra Negeri Perak (PPPBNP), Zamari Muhyi berkata sudah tiba masanya PPPBNP mengambil langkah membangunkan semula sektor pelancongan di Pasir Salak.

“Hari ini kita melancarkan logo baru  Pasir Salak Tourism. Langkah ini memberi manfaat kepada perkembangan sektor pelancongan negeri Perak. Melalui usaha ini kata mahu mempromosikan aktiviti pelancongan berasaskan komuniti di daerah Pasir Salak.

“Kita mahu Pasir Salak bagun semula sebagai salah satu daerah  yang termasuk diantara 10 kluster utama pelancongan di negeri Perak.

“Pasir Salak sebenarnya satu daerah yang telah terkenal semenjak  zaman penjajahan British kerana kekentalan semangat perjuangan yang tinggi dikalangan orang Melayu ketika itu. Jadi adalah rugi sekiranya sejarah ini pupus dari minda generasi sekarang”, katanya.

Pelancaran logo baru Pasir Salak ini telah dilakukan oleh Penasihat Khas Menteri Besar Perak, Datuk Zainol Fadzi.

Zainol Fadzi berkata usaha PPPBNP merupakan usaha murni dalam membantu menyemarakkan semula pelancongan berasaskan komuniti setempat di Pasir Salak.

 “Kita menyambut baik Tahun Melawat Malaysia 2020 (VM2020), sekiranya kita mengenengahkan keunikan produk usahawan tempatan pastinya akan membantu perkembangan ekonomi setempat.

“Pihak kerajaan negeri menyambut baik usaha PPPBNP membantu membangunkan ekonomi  penduduk setempat melalui produk-produk kraftangan selain dari peninggalah atifak sejarah”, katanya selapas melancarkan logo baru di Mukim Bandar, Kampung Gajah di Pasir Salak pada 31 Disember 2019 yang lalu.