Berita baik buat penggemar makanan hasil laut atau seafood. Sekiranya anda ingin beralih selera makan malam berasa keluarga, Hotel Travelodge, Ipoh adalah pilihan terbaik dan berbaloi.

Seafood Buffet Dinner ini menawarkan pelbagai pilihan hasil laut seperti Slipper Lobster, Flower Crab, Tiger Prawn, Scallops, Oysters, Cold Smoked Salmon Salad dan banyak lagi.

Pasti sahaja sewaktu ada melangkah ke kafe tingkat dua, mata anda terpukau melihat pelbagai pilihan hasil laut yang tersusun menarik di dalam sampan kecil.

Kesemua makanan hasil laut itu semuanya berukuran besar yang diletakkan diatas ketulan ais batu untuk menjamin kesegaran dan kualitinya.

Selain itu pengunjung juga boleh menikmati menu sampingan yang tidak kurang lazatnya iaitu Fried Whole Fish Nyonya Style, Fried Crispy Squid Ring With Thai Dressing, Kuetiau Gorang, Mee Tomyam dan pelbagai pilihan lagi.

Bufet yang bermula dari 7.00 petang hingga 10.00 malam ini, diadakan pada setiap Sabtu dan Ahad bermula bulan July hingga September 2023.

Jangan berfikir panjang buatlah tempahan di talian 05 242 8888.

Harga untuk dewasa ialah RM118 sekepala dan kanak-kanak / warga emas RM82 sekepala.

Di sinilah pilihan tepat untuk anda menikmati makanan hasil laut yang kaya dengan protein dan omega-3 untuk kesihatan anda dalam suasana tenang. - Peraktastic-