Restoran Nawfal Seafood, satu-satunya restoran yang menyediakan sajian Thai ‘autentik’ yang mampu mengembalikan nostalgia kelazatan makanan di Karabi, Thailand.

Keistimewaan restoran yanfg terletak di No.27, Laluan Tasek Timur 16, Taman Ria, Bercham ini, diperakui  oleh pemilik Restoran Nawfal Seafood, Muhamad Yusuf Abdul Aziz, 55, yang mahukan setiap pelangan menikmati  hidangan mengikut cara  dan resepi asal dari negara Thailand.

Katanya, beliau mengutamakan hidangan  tradisional sesuai dengan resepi dan teknik masakan yang diwarisi secara turun temurun dari budaya asal menerusi cita rasa dan tekstur tanpa banyak perubahan.

“Sajian kami sememangnya dikenali  dengan keunikan rasa dan kesegaran hidangan makanan laut yang bukan sahaja masakan Thai tetapi menggabungkan hidangan Barat dengan sentuhan ‘fusion’ dua negara.

“Kami menggunakan rempah yang digiling sendiri tanpa menggunakan pes segera  dan bahan perasa. Kaedah ini, merupakan sentuhan eksklusif berasaskan daun limau purut, serai dan lengkuas sebagai penaik aroma masakan yang membezakan kami di antara restoran yang  ada di Ipoh.

“Antara hidangan Thai yang menjadi kegemaran adalah Ikan Masak Nawfal, merupakan resepi ciptaan istimewa Chef Arsan Salleh, 28, dari Pattani, Thailand. Selain itu menu  Ikan Masak Baraqah, Ikan Masak Kaeng Som, Tilapia Miang Pla dan Tomyam Pok Tek tidak juga kurang popular di sini.

“Harga  masakan ‘Pilihan Chef Nawfal” itu, bergantung kepada jenis ikan yang dipilih oleh pelanggan. Namun harganya sangat berpatutan dan mampu milik kepada  semua golongan,” katanya kepada Ipoh Echo/ Peraktastic.

Menurut Muhamad Yusuf, kebanyakkan pelanggan di sini memilih hidangan secara set yang disediakan. Terdapat tiga set hidangan iaitu Set A dengan tiga menu bersama nasi putih pada harga RM55.00 termasuk minuman percuma.

Set B untuk empat orang bersama lima jenis menu, nasi putih dan minuman percuma pada harga RM80.00. Sementara itu, Set C untuk lapan orang dengan enam jenis menu bersama nasi putih dan minuman pada harga RM100.00.

“Selain itu, terdapat juga pelbagai menu sampingan seperti sayur, menu goreng, sup dan tomyam pada harga yang sangat rendah.

“Kami mengutamakan kualiti bahan-bahan dan perkhidmatan sepantas 4 minit bagi setiap hidangan, setaraf dengan restoran lima bintang namun pada harga ‘rahmah’ serendah  RM5.00,” katanya.

Sementara itu,  Chef masakan barat, Nabil Fikri Abdul Kadir, berpengalaman luas dalam bidang perhotelan juga berperanan sebagai penasihat kulineri bagi restoran ini.

Menurutnya, sajian Creamy Tomyam Seafood Spaghetti antara sajian yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan. Menu yang diubahah suai mengikut citarasa dua negara itu, sememangnya lain daripada yang lain.

“Beberapa menu masakan barat yang popular di sini antara ialah Grill Chicken Chop (RM13.00), Lava Chicken Chop (RM17.00), Lamb Chop Grill (RM22), Chicken Lava Burger (RM20) dan Fish And Chip (Rm13.00).

“Selain itu, terdapat juga pelbagai variasi hidangan pasta yang menarik antaranya Spaghetti Aglio Olio, Carbonar dan  Creamy Tomato Beef Strip hanya pada harga Rm15.00,” katanya.

Restoran Nawfal Seafood beroperasi setiap hari bermula 5.30 petang hingga pukul 2.30 pagi. Restoran ini boleh menampung sehingga 120 pelanggan pada satu masa di samping kemudahan bilik solat dan tempat letak kereta.

Untuk tempahan bolehlah menghubungi Muhamad Yusuf di talian 019 987 0387. - PERAKTASTIC -

 

Ends//