Peminat makanan berasaskan sumber laut pasti akan tercari-cari di manakah tempat makan yang menepati selera dan berbaloi dengan wang anda!

Kazoku Kafe, sebuah kafe berkonsep terbuka terletak di Laluan Rokam 15, Pekan Razaki Ipoh, kini menanti peminat shellout serta menu masakan Melayu.

Pengunjung boleh memilih dua jenis citarasa sos shellout iaitu sos oriental dan sos salted eggs.

Menghidu aroma shellout yang dihidangkan terus dari dapur pasti membangkitkan selera sesiapa sahaja ditambahi pula melihat kesegaran makanan laut seperti udang, ketam, sotong, lala dan kepah.

Apa yang menarik di sini, shellout dihidangkan di dalam talam sederhana besar dan tidak dihidangkan diatas meja beralaskan plastik seperti dikebanyakan tempat lain.

Pemilik Kazoku Kafe, Abdul Salim Putera Ahmad Shibi berkata  hidangan Shellout di dalam talam lebih menyelerakan dan memperlihatkan budaya masyarakat Melayu sejak dahulu.

“Hidangan dalam talam adalah budaya orang Melayu. Saya mahu pengunjung merasai sajian ini dalam suasana penuh kesopanan, bersih dan kemas.

“Di sini kami mengetengahkan citarasa masakan Melayu di mana semua tukang masak saya terdiri daripada orang Melayu, bukan diimport dari negara jiran.

“Berani saya nyatakan, harga shellout di sini adalah yang terendah berbanding tempat lain. Harga sellout untuk Set A, (2pax) RM38.00; Set B (4 pax) RM68 dan set Family (6pax) RM133 termasuk Telur Dadar untuk empat orang. Setiap set dihidangkan bersama nasi putih dan Teh ‘0’ percuma.

“Kami juga ada menyediakan ‘Set Kazoku Rahmah’ berharga RM4.00 iaitu Nasi Bujang atau Bihun Bujang bersama Air Sirap,” katanya kepada kepada Peraktastic.

Selain menu Shellout, antara menu nasi goreng yang harus anda cuba ialah Nasi Goreng Ikan Rebus RM8.00; Nasi Goreng Udang Special RM12.00; Nasi Goreng  Blackpepper RM10.00; Nasi Putih Bawal Goreng RM14.00 dan Nasi Goreng Daging RM8.00.

Peminat mee goreng, jangan terlepas peluang untuk merasai Mee Gorang Mamak (RM9.00) yang juga menjadi kesukaan pengunjung.

Pasti anda juga terkejut dengan harga minuman di sini. Harga untuk minuman disini serendah RM1.50 hingga RM5.00 sahaja. Sebagai contoh air buah-buahan seperti Fresh Orange hanya RM4.00 yang menggunakan dua biji buah oren segar.

Menurut Abdul Salim, beliau tidak memberi saingan kepada mana-mana pengusaha makanan dari segi harga tetapi beliau mahukan semua lapisan masyarakat merasai makanan seperti di hotel-hotel atau di kafe-kafe mewah.

“Keadaan ekonomi membuatkan ramai orang berfikir untuk tidak berbelanja kerana harga makanan sekarang mahal. Tetapi di Kasoku Kafe, mereka boleh menikmati makanan dengan harga mampu milik dengan citarasa seperti di tempat mewah.

“Jadi, datanglah mencuba menu di sini, pastinya anda terkejut dengan harga dan kualiti masakan kami. Bagi kami kepuasan dan nilai wang anda adalah tangunjawab kami!,” katanya. -PERAKTASTIC-