Wow..!!! luar biasa, empuk, enak dan menyelerakan. Menu baharu ‘Steak Short Ribs’ dihidang panas dari dapur Konda Kondi Cafe and Bistro (KKCB), semestinya dicuba sendiri.

Steak Short Ribs menu western ini diadun secara rapi bersama rempah ratus dan dikukus selama empat jam sehingga struktur daging menjadi sangat lembut dan mudah ditarik tanpa menggunakan pisau dan garpu.

Kelazatan Short Ribs Steak menyerlah apabila dicicah bersama sos lada hitam dan dimakan bersama hidangan sampingannya jagung, kentang lenyek, brokoli, lobak merah dan kacang sepat.

Bersantai di cafe tingkat dua ‘Abierto’ yang baru rasmi dibuka pastinya anda akan merasai ‘privacy’ yang luar biasa bersama lakaran mural, dekorasi dan pencahayaan yang menenangkan.

Pengarah Urusan KKCB, Azril Aryandi Zambri, 32, berkata beliau menggabungkan elemen-elemen seni grafik mural, pencahayaan dan dekorasi moden klasik bagi  melahirkan sentuhan ‘mood’ yang lembut serta romantik sesuai untuk majlis kekeluargaan seperti sambutan hari jadi, ulang tahun perkhawinan dan sebagainya.

“Sekarang pengunjung boleh membuat pilihan samada ingin bersantai di tingkat bawah atau di tingkat dua. Kami dalam perancangan untuk membuka ruang di tingkat tiga pula sedikit masa lagi,” katanya.

Kunjungan ke KKCB tidak sempurna sekiranya terlupa menikmati ‘menu signature’ citarasa Maxico. Antara yang paling digemari ramai ialah Nachos El Capitan, Spaghetti Carbonara Creamy Meatball dan Giant Dinner menggabungkan chicken chop, sosej, sayuran bersama sos boloqnaise yang cukup menyelerakan.

Tidak perlu berfikir lagi, luangkan malam minggu anda bersama keluarga untuk mencuba menu-menu di KKCB.

Waktu beroperasi setiap hari berkerja 5.00pm - 12.00am kecuali hari selasa. Sabtu dan Ahad 12.00pm - 12.00am.