IPOH- Perak memperuntukkan RM10 juta bagi penukaran semua teksi merah jambu yang sedia ada di pulau pangkor kepada teksi berkuasa elektrik.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, cadangan ini dibangkitkan melalui Mesyuarat Pelan Perlaksanaan Strategik Pulau Bebas Cukai yang diadakan baru-baru ini.

“Pulau Pangkor adalah destinasi pelancongan terkenal dan menjadi salah satu tarikan utama pelancong ke Perak. 

“Selaras dengan perkembangan teknologi masa kini, kita mahu memastikan persekitaran alam semulajadi dapat dikawal dengan baik tanpa sebarang pencemaran.

“Kita ingin merealisasikan Pulau Pangkor sebuah pulau bebas karbon dan bebas dari pencemaran yang pasti akan menaikkan lagi imej pulau ini. 

“Selain itu, kita turut menyediakan 100 buah motosikal berkuasa elektrik untuk disewa kepada pengunjung dan dijangka siap sepenuhnya pada tahun hadapan," katanya.