Batu Gajah- Pihak pengurusan Kellies Castle sentiasa memanfaatkan waktu Perintah Kawalan Keselamatan (PKP) untuk melakukan kerja-kerja sanitasi kes seluruh kawasan persekitaran dan bangunan Kellies.

Pengurus Besar Kellies Castle, Zamari Muhyi berkata dalam menghadapi pendemik Covid-19 penggiat industri pelancongan sentiasa memastikan produk pelancongan dalam keadaan bersih dan selamat.

“Sekiranya PKP berakhir dan sektor pelancongan dibenarkan beroperasi, kita tidak perlu lagi tergesa-gesa melakukan sanitasi. Apa yang perlu dilakukan ialah untuk sentiasa memastikan disiplin Prosedur Operasi Standard (SOP) diteruskan dengan sempurna dan diperketatkan.

“Pihak Kellies Castle tidak akan bertoleransi kepada yang semua pengunjung yang gagal memetuhi SOP. Matlamat kami memastikan keselamatan pengunjung adalah keutamaan. Kita mahu membenteras penularan Covid-19 dan tahap SOP kami adalah yang tertinggi dan terbaik.

”Baru-baru ini komplek Kellies Castle telah menjalankan sesi santasi dengan menggunakan peralatan dan cecair santasi yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)”, katanya ketika dihubungi hari ini.

Zamari Muhyi juga merupakan Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Bumiputera Perak (PPPB). Baru-baru ini beliau telah menerima Sijil Garisan Panduan Patuh Dan Amal Covid-19 daripada  Malaysia Produktiviti Centre (MPC).

Beliau turut berkongsi kesedihan dan memahami keadaan yang dialami oleh pengiat-pengiat pelancongan yang bukan sahaja di negeri Perak malah seluruh negara.

“Krisis Covid-19 telah melanda hampir setahun, pastinya banyak pengusaha yang sudah berputus asa dan tutup kedai kerana menghadapi kesulitan ekonomi yang semakin meruncing.

“Apa yang boleh kita lakukan, marilah kita bersama-sama membantu dan menyokong langkah-langkah kerajaan untuk memberhentikan penularan covid-19. Kita mahu semua sektor di negara ini kembali beroperasi dengan selamat dan bebas dari ancaman Covid-19", katanya.