KUALA LUMPUR - Raja Reggae Malaysia, Poe atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Ahmad, 64, telah kembali ke rahmatullah pada 12.45 tengah hari tadi.

Isteri Allahyarham, Nor Aisyah Zakaria, 54, berkata, suaminya menghembuskan nafas terakhir di Hospital Selayang akibat masalah jantung dan komplikasi buah pinggang.

Menurut Nor Aisyah, Allahyarham dimasukkan ke hospital sama lima hari lalu akibat masalah sama. 

"Doktor beri kebenaran pulang selepas lima hari mendapatkan rawatan namun arwah hilang selera makan dan susah untuk tidur," jelas isterinya. 

Jenazah Allahyarham Poe akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Pusu, Gombak. 

Menerusi perkahwinan bersama Nor Aisyah, Allahyarham dikurniakan lima anak (seorang meninggal dunia).

Semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Al-Fatihah.