KUALA LUMPUR - Masyarakat di luar diingatkan tidak lupa mematuhi SOP pencegahan Covid-19 berikutan berlakunya peningkatan pada kes yang dilaporkan.

Laman portal CovidNow semalam merekodkan 5,330 kes berbanding 4,204 kes pada Selasa iaitu naik sebanyak 1,126.

Data portal CovidNow mencatatkan 10 kematian dengan satu adalah kes kematian di luar fasiliti hospital atau brought-in-dead (BID).

Bagi, kes aktif Covid-19 pula ia merekodkan sebanyak 46,523 kes manakala 44,885 atau 96.5 peratus daripadanya merupakan individu dikuarantin di rumah.

Seramai 29 pesakit berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), manakala 1,560 di hospital dengan 49 pesakit dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU).

Daripada jumlah itu, 34 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan, manakala 15 lagi memerlukan mesin ventilator.

Kes sembuh pula merekodkan sebanyak 3,075.

Lembah Klang masih menjadi lokasi tertinggi Covid-19 iaitu 2,538 dengan kes di Selangor (1,437), Kuala Lumpur (1,019) diikuti Perak (272) dan Sabah (262).