PUTRAJAYA - Denda RM1,000 akan dikenakan sekiranya orang ramai tidak me makai pelitup muka mulai 1 Ogos ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, tindakan tegas itu diambil berikutan penambahan kluster-kluster jangkitan COVID19 baharu yang dikenal pasti, selain atas nasihat Kementerian Kesihatan (KKM). 

"Keputusan ini dibuat semasa Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

"Pelitup muka wajib dipakai di dalam pengangkutan awam dan di kawasan sesak atau tumpuan umum.

KKM akan mengeluarkan spesifikasi untuk topeng muka buatan sendiri di media massa dan sosial," katanya pada sidang media perkembangan PKP Pemulihan (PKPP) di bangunan Parlimen baru-baru ini.

Hukuman denda itu mengikut Akta 342 (Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988) sekiranya gagal mematuhi peraturan terbaharu itu.

"Walaupun pemakaian pelitup muka itu berkuat kuasa 1 Ogos depan, orang ramai digalakkan untuk melaksanakan peraturan itu mulai sekarang," tambahnya.