Skip to main content

Kenali Kami & Rakan 
Peraktastic

Peraktastic merupakan tabloid digital yang direalisasikan oleh bekas-bekas penulis dan wartawan berita tempatan serta mereka yang terlibat didalam industri kewartawanan di Perak. Sumbangan berita dan bahan penulisan digital merupakan pandangan peribadi penulis dan persendirian

Rosli Mansor
Ketua Editor Peraktastic

Berdasarkan keprihatinan dan tanggungjawab kepada komuniti, beliau telah membangunkan portal Peraktastic sejak 2019 yang disokong bersama rakan-rakan media arus perdana yang berpengalaman. Kecenderungan mendalam di bidang kewartawan sehingga beliau melupakan bidang khusus sebenar Multimedia.
Beliau berpengalaman lebih 10 tahun di bidang kewartawanan dengan pelbagai kemahiran penulisan, fotografi, rekabentuk dan pemasaran bermula di Ipohecho Community Newspaper. Pernah berkhidmat dengan Sinar Harian Perak serta menjadi wartawan sambilan Berita Harian dan Harian Metro.
Kemahiran penulisan beliau terhadap pelancongan membuka peluang dan kepercayaan Kerajaan Negeri Perak menerusi Tourism Perak bagi menghasilkan pelbagai bahan bacaan seperti risalah-risalah pelancongan (fun map) dan coffee table. Selain itu beliau diberi kepercayaan sebagai Presiden Kelab Sukan & Kebajikan Media Perak sejak 2018 bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan ahli media dan komuniti.

Pasukan Kami

Norraidah Awang
Wartawan
Saloma
Wartawan
Sheqal Danish
Wartawan
Lizara Riza
Webmaster