Skip to main content

Dalam Negeri

5,795 graduan UUM akan bergraduasi Mac depan

16 February 2022
Pentadbir Sistem

SINTOK - Seramai 5,795 graduan Universiti Utara Malaysia (UUM) akan bergraduasi pada Majlis Konvokesyen Ke-33 di kampus universiti itu di sini.

Majlis tersebut berlangsung tujuh hari bermula 13 Mac depan di Dewan Mu’adzam Shah.
 

Naib Canselor UUM, Prof. Dr. Haim Hilman Abdullah berkata, konvokesyen tersebut akan meraikan graduan yang menamatkan pengajian pada 2020 dengan melibatkan 13 sesi.
 
Menurut beliau, kesemuanya melibatkan graduan ijazah sarjana muda seramai 4,630 dan pasca siswazah (1,165).
 
“Kita juga akan mengadakan konvokesyen bagi graduan tahun lepas pada Oktober ini,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Pengasasan UUM.
 
Kata beliau lagi, majlis akan dilaksanakan dengan pematuhan SOP yang ketat
sepertimana ditetapkan Majlis Keselamatan Negara.

habis