Skip to main content
  • Utama
  • Topik
    • Dalam Negeri
    • Komuniti
    • Makanan & Minuman
    • Pelancongan & Hotel
    • Warisan
    • Kesihatan
    • Personaliti Selebriti
    • Nasional
  • Kenali Peraktastic
  • Hubungi Kami
  • Utama
  • Topik
    • Dalam Negeri
    • Komuniti
    • Makanan & Minuman
    • Pelancongan & Hotel
    • Warisan
    • Kesihatan
    • Personaliti Selebriti
    • Nasional
  • Kenali Peraktastic
  • Hubungi Kami

Dalam Negeri

  • Utama
  • Topik
  • Dalam Negeri
  • Ombak besar : berjaya selamatkan adik, abang lemas

Dalam Negeri

Ombak besar : berjaya selamatkan adik, abang lemas

19 October 2021
Pentadbir Sistem
LUMUT – Meskipun berjaya menyelamatkan adiknya yang ditarik ombak besar, namun seorang lelaki menemui ajal apabila dia lemas di pantai Teluk Senangin, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa, Asna Hazim Ahmad Kamal, 24, berjaya menyelamatkan adiknya, Aqil Haziq, 12, daripada ditarik ombak sebelum dia pula dibawa arus. 

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan mendapati, mangsa bersama enam ahli keluarganya dari Seri Iskandar mengadakan aktiviti berkelah di pantai berkenaan sempena cuti hujung minggu.

“Mangsa cuba untuk menyelamatkan adiknya yang ditarik oleh ombak besar dan dia berjaya menolak adiknya ke tepi pantai.

“Bagaimanapun, datang lagi ombak besar lalu menarik mangsa ke tengah laut. Tidak lama kemudian mangsa ditemui terapung di tengah laut dan diselamatkan oleh ayahnya,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Menurutnya, mangsa yang tidak sedarkan diri ini telah dibantu oleh orang awam dengan memberikan bantuan pernafasan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Seri Manjung.

“Hasil bedah siasat mendapati sebab punca kematian adalah lemas. Kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya.
 
Halaman Utama
peraktastic
Lokasi

Bandar Ipoh
Perak Darul Ridzuan

Hubungi Kami

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
+6017 565 5689

Waktu Operasi
  • Isnin - Khamis
    8 am – 5 pm
  • Jumaat

    8 – 12 pm

Company
  • About Us
  • Contact
  • Imprint
  • Privacy Policy
Info
  • Kenali Kami
  • Hubungi Kami
Ikuti Kami
© Peraktastic. Hak Cipta Terpelihara.