Skip to main content

Komuniti

Dapatkan vaksin tanpa janji temu di PPV Stadium Indera Mulia

05 September 2021
Pentadbir Sistem

 

IPOH- Bermula hari ini orang ramai  boleh mendapatkan suntikan vaksin tanpa janji temu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Stadium Indera Mulia.

Kenyataan yang keluarkan oleh Pengarah Kesihatan Perak, Datuk Dr Ding Lay Ming bagi mengulas mengenai mesej yang tular di media sosial bahawa PPV Stadium Indera Mulia menerima individu berusia 40 tahun untuk vaksinasi tanpa janji temu mulai Ahad.

“Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah membuat keputusan tersebut dengan segera berdasarkan vaksin sedia ada dan kemampuan kapasiti PPV Stadium Indera Mulia ketika ini.

“Kita akan sentiasa melihat keperluan berkenaan dari masa ke semasa bagi memastikan tidak berlaku kesesakan dan kehadiran terlalu ramai orang di PPV itu.

"Bagaimanapun ia bergantung kepada jumlah kapasiti bekalan vaksin yang ada di PPV tersebut,” katanya.