Skip to main content

Komuniti

Kem Kesihatan percuma Gopeng Highland Resort sasar masyarakat orang asli

19 February 2023
Pentadbir Sistem

Oleh Balqis Jazimah Zahari

GOPENG: Kem Kesihatan percuma yang dijalankan di Gopeng Highland Resort di sini menyasarkan masyarakat orang asli tempatan.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata demikian selepas hadir melawat ke kem berkenaan di sini semalam.

"Terima kasih kepada College of Otorhinolaryngology, Head & Neck Surgeons, Academy of Medicine of Malaysia (CORLAMM) dan Klinik Kesihatan Gopeng yang telah bekerjasama menjayakan program bermakna ini," katanya melalui Facebooknya di sini.

Sandrea berkata, Kementerian Kesihatan telah menjalankan Tinjauan Kesihatan Orang Asli (OAHS) pada tahun lalu bagi merancang polisi dan perkhidmatan yang lebih berkesan kepada masyarakat orang asli.

"Semoga dengan usaha berterusan daripada pihak kerajaan mahupun swasta dan NGO, akan membantu meningkatkan tahap kesihatan semua masyarakat," katanya.