Skip to main content

Komuniti

Konsert ‘40 Bab Cinta’ Aishah: 4 Julai 202 Janji Malam Penuh Nostalgia!

14 April 2026
Rosli Mansor

KUALA LUMPUR – Selepas lebih empat dekad mewarnai industri muzik, penyanyi legenda Wan Aishah Wan Ariffin bakal mencipta satu lagi detik bersejarah menerusi konsert eksklusif “Aishah 40 Chapters of Love, Live in Concert” yang dijangka menggamit emosi peminat.

Konsert yang akan berlangsung pada 4 Julai 2026, jam 8 malam di Megastar Arena itu bakal menjadi medan istimewa untuk meraikan perjalanan seni penuh warna penyanyi bersuara lantang ini.

Mengangkat tema “40 Chapters of Love”, setiap persembahan disusun seperti helaian kisah hidup yang sarat dengan cinta, kenangan dan pengalaman, sekaligus membawa penonton mengimbau kembali momen-momen indah sepanjang karier seninya.

Lebih menarik, peminat berpeluang menyaksikan secara langsung lagu-lagu malar segar yang pernah melonjakkan nama Aishah seperti Janji Manismu, Pulanglah dan Kasih Kita yang masih kekal relevan sehingga kini.

Difahamkan, konsert ini bukan sekadar hiburan semata-mata, sebaliknya menjadi simbol penghargaan buat peminat setia yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan seni beliau sejak dahulu.

Jualan tiket akan mula dibuka pada 17 April 2026, bermula jam 3 petang dan dijangka mendapat sambutan hangat berdasarkan pengaruh serta aura Aishah yang masih utuh dalam industri.

Kategori & Harga Tiket:
RM788 VVIP
RM488 VIP
RM488 Janji Manismu
RM388 Sensation
RM288 Paradise
RM238 Kasih Kita
RM198 Pulanglah
RM168 Taman Keabadian

Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada perjalanan istimewa ini.

https://www.ticket2u.com.my/Aishah40

#Aishah40
#40ChaptersOfLove
#KonsertAishah
#LiveInConcert
#ChaptersOfLove