IPOH: Sebanyak 100 karya seni pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Perak, kampus Seri Iskandar akan dipamerkan dalam program amal seni yang dinamakan Singgah Berkias.

Program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), yang memberi ruang dan peluang kepada karya tersebut dipamerkan secara fizikal di Pusat Penerangan Pelancongan Ipoh (ITIC).

IPOH: Memorandum Kolaborasi (MoC) yang dimeterai antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Perak, kampus Seri Iskandar hari ini dilihat mampu memberi banyak manfaat secara menyeluruh.

Tentu sekali manfaat itu meliputi kerjasama dalam bidang pendidikan tinggi, penyelidikan dan komuniti setempat di bandar raya ini.

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) giat menjalankan rundingan bersama beberapa persatuan pencinta haiwan bagi menyelesaikan isu anjing liar yang masih berlarutan di sekitar bandar raya ini.

Bagaimanapun Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata, walaupun rundingan telah dijalankan, belum ada penyelesaian yang tuntas diperoleh bagi membanteras masalah itu.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) mencipta kejayaan tersendiri apabila menjadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama di negara ini yang menganjurkan kejohanan sukan elektronik.
atau e-sport.

Kejohanan E-Sports Piala Datuk Bandar Ipoh anjuran MBI dengan kerjasama Esports Perak pagi tadi yang berlangsung selama 2 hari ini turut disertai peserta dari Selangor, Melaka, Pulau Pinang dan Johor.

IPOH: Sebanyak 48 kejadian wabak jangkitan saluran pernafasan dilaporkan di negeri ini setakat Khamis lalu, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Sains dan Teknologi Hijau negeri. Mohd Akmal Kamarudin.

Beliau berkata, daripada jumlah tersebut, sekolah menengah melaporkan kejadian tertinggi iaitu sebanyak 40 wabak jangkitan (83.3 peratus).