IPOH - Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan membenarkan solat Sunat Aidilfitri dilaksanakan tanpa jarak fizikal antara jemaah di masjid dan surau.

Solat Sunat Aidilfitri dibenarkan juga diadakan di tempat terbuka dan kawasan lapang dalam kawasan-kawasan perumahan dengan syarat pihak penganjur memaklumkan sekurang-kurangnya tiga hari sebelum Aidilfitri kepada Pegawai Tadbir Agama Daerah dan Balai Polis atau Pondok Polis terdekat.

 

IPOH : Hari ini merupakan hari terakhir YBhg. Dato’ Dr. Ding Lay Ming bertugas sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Perak setelah berkhidmat selama 34 tahun 6 bulan dalam perkhidmatan awam dan selama 4 tahun sebagai Pengarah Kesihatan Negeri Perak.

Majlis Serahan Tugas Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri Perak telah dilangsungkan secara ringkas di Dataran D’Mesra, Jabatan Kesihatan Negeri Perak (JKNP) pada 22 April 2022 lalu.

“Saya mengucapkan terima kasih kepada seluruh warga JKNP di atas kerjasama dan sokongan kepada saya selama empat tahun nberkhidmat di Jabatan ini.

“Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pengurusan tertinggi Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pentadbiran Kerajaan Negeri Perak atas kepercayaan dan sokongan yang diberikan dalam memimpin Jabatan Kesihatan Negeri Perak”, katanya menerusi ucapan ringkasnya menerusi ciapan laman rasmi Facebook JKNP.

Majlis ini juga menyaksikan upacara penyerahan tugas kepada penyandang sementara Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Kesihatan Awam), Dr. Ummi Kalthom Shamsudin, yang akan menggalas tugas Pengarah Kesihatan Negeri, JKNP.

Sementara itu beliau juga mengucapkan terima kasih kepada semua pengamal media negeri Perak menerusi kumpulan WhatsApp Jabatan Kesihatan Media Perak.

“Dengan rendah diri saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas sokongan dan kerjasama rakan-rakan media negeri Perak kepada saya dalam menjalankan tugas saya.

“Kita telah berkerjasama dengan sebaik mungkin dalam mengharungi cabaran pandemik Covid-19 dan disebabkan itu, kita kini telah melangkah keluar ke fasa endemik dengan rasa lebih baik dan yakin”, katanya sebelum mengundur diri dari kumpulan WhatsApp JKNP Media Perak.

Kuala Kangsar- Projek Pembinaan Pondok Pengajian Al Quran Dan As Sunnah (AQSA) berkonsepkan pengajian, resort dan rekreasi bakal menjadi pemangkin dan mercu tanda pembangunan ummah yang terulung di negeri Perak.

Pengerusi Pondok AQSA, Abdul Jabbar Mohammed Kahar atau lebih dikenali Iman Muda Jabar berkata cadangan membina Pondok Aqsa ini bertujuan mengembangkan ilmu Al-Quran dalam perspektif pengajian sepanjang hayat yang memfokoskan kepada golongan dewasa.

 

IPOH- “Saya tidak pernah berbuka puasa di hotel, tetapi hari ini seronok sangat dapat makan banyak-banyak dan sedap-sedap ditempat cantik, terima kasih Datuk Seri Vida”, luah adik Naz Sofian, 11, dari Chemor yang baharu kematian ayahnya hampir sebulan yang lalu.

Adik Naz antara 21 orang anak-anak yatim miskin yang diraikan oleh Bahtera Amal dan Pertubuhan Putri Kebajikan Perak (BAPPKP) dalam majlis berbuka puasa di Hotel MH, di sini semalam.

 

IPOH- Bersempena Hari Bumi Sedunia 2022, sebanyak lima pohon pokok Tecoma atau Sakura Malaysia telah ditanam di persisiran tebing Sungai Kinta Riverfront hari ini.

Presiden Lions Club of Perak Silver State, Dr. Richard Ng berkata penanaman pokok Tecoma bukan sahaja melestarikan kehijauan alam sekitar malah menjadi tarikan pelancong sekiranya pokok itu membesar dan berbunga lebat.