IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini telah menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Pasaraya Econsave sebagai rakan strategik MBI.

Datuk Bandar, Datuk Rumaizi Baharin@Md Daud berkata, sejak pelaksanaan PKP pada 18 Mac 2020, MBI telah melancarkan Program MBI Prihatin yang turut memberi manfaat kepad kira-kira 10,000 penerima bantuan dalam bentuk sumbangan makanan. 

IPOH - Perak satu-satunya negeri yang akan memperkenalkan pakej pelancong Islamik tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Perak, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Mohammed Radzi berkata, selain memperkukuhkan pakej pelancongan sedia ada, ia akan memperluaskan pakej Jejak Masjid dengan menambah bilangan masjid dengan menjadikan Masjid Panglima Bukit Gantang di Ipoh sebagai pusat maklumat dan mini galeri untuk tujuan tersebut.

BATU GAJAH - Seorang lelaki warga emas dilaporkan hilang di kawasan kebun kepala sawit di Kampung Air Papan, Tanjung Tualang dekat sini semalam.

Mangsa yang berumur 85 tahun dipercayai hilang kira-kira pukul 9 pagi semalam sebelum kejadian itu dilaporkan kepada polis.

TANJUNG MALIM - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) sekali lagi mencipta kejayaaan pada tahun ini apabila diumumkan berada pada kedudukan 101 dunia dalam bidang ekonomi baharu (emerging economies) dalam senarai The World University Ranking 2022.

Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Dr. Md. Amin Md Taff berkata, kejayaan tersebut adalah pengiktirafan kepada UPSI sebagai sebuah universiti berteraskan pendidikan yang berusia 100 tahun selain menyerlahkan pencapaian universiti berkenaan.

TELUK INTAN – Pasukan penyelamat menemui mayat seorang wanita yang lemas selepas dipercayai terjun ke dalam Sungai Perak berhampiran Jeti Durian Sebatang di sini ditemui malam tadi.

Identiti mangsa disahkan sebagai Chua Lay Peng, 49 dijumpai kira-kira dua kilometer (km) dari lokasi dia dipercayai lemas.