IPOH - Ahli Majlis Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) Zon 11 (Bercham) Ho Wai Mun dengan kerjasama Malaysia Social Entrepreneurs Foundation menyediakan 400 pek makanan percuma setiap hari kepada orang ramai bagi meringankan beban mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19. 

Menurutnya, pemberian makanan percuma ini diadakan setiap hari pada waktu makan tengah hari dan malam selama tiga bulan bermula akhir bulan lalu. 

IPOH – Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dijangka akan menambah unit rumah transit di Rumah Pangsa Waller Court di sini mengikut keperluan semasa jika tempoh percubaan bagi membantu golongan miskin mengejut ini berjaya.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, MBI akan mengadakan perbincangan dengan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang telah dilantik bagi memperincikan perkara tersebut sebelum rumah transit itu sedia untuk diduduki mereka yang layak pada Ogos ini.

IPOH - Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan kerjasama Pasar Raya Econsave menghulurkan sumbangan 65 pek makanan asas kepada penduduk di kawasan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Bandar Pulai Jaya, Mukim Sungai Raia pada Ahad.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, pemberian pek bantuan itu adalah bagi meringankan beban penduduk di kawasan berkenaan dalam usaha mengekang penularan Covid-19 yang menunjukkan trend peningkatan setiap hari.

IPOH - Sebanyak 10,000 Jalur Gemilang diedarkan secara serentak secara pandu lalu di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta sekatan jalan raya (SJR) di 13 daerah seluruh negeri Perak, hari ini. 

Jalur Gemilang itu diagihkan kepada rakyat negeri ini dalam pelbagai bentuk termasuk pelekat magnet, bendera tangan serta rumah.

IPOH - Seorang bekas jururawat merayu bantuan daripada orang ramai bagi menampung kos perubatan mencuci luka di kaki kanannya akibat menghidap penyakit diabetes sejak lapan bulan lalu. 

C Logapusnam, 35, terpaksa melupakan hasrat untuk menyambung kerjayanya sebagai jururawat selepas mengalami 'necrotizing faciitis' berpunca daripada penyakit diabetis yang dialaminya.