Zakat Perak – MAIPk bantu keluarga terkesan
- Details
- Sheqal Danish
- Komuniti
- Hits: 554
IPOH – Terkesan dengan situasi pandemik apabila tidak boleh keluar bekerja menyebabkan Muhamad Arif Othman yang tinggal di Kampung Sungai Tapah dekat sini buntu apabila memikirkan keadaan keluarganya.
Sudah berbagai cara diikhtiar untuk mendapatkan wang bagi membeli bekalan makanan tetapi gagal menyebab bapa empat anak ini menghubungi pihak zakat Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (Zakat Perak - MAIPk) untuk mendapatkan bantuan.
Menurut Zakat Perak – MAIPk, susulan aduan tersebut pihaknya telah mengambil langkah proaktif apabila menziarahi keluarga Muhamad Arif bagi menyampaikan bantuan kecemasan.
“Keluarga ini juga telah kehabisan bekalan makanan. Menerusi semakan, Muhamad Arify yang bekerja kampung adalah asnaf Zakat Perak-MAIPk dan penerima bantuan bulanan sebanyak RM300.
“Zakat Perak-MAIPk menghulurkan bantuan kecemasan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi meringankan beban keluarga ini,” ujar kenyataan tersebut.
Meletakkan tanggungjawab memastikan golongan susah dibantu, Zakat Perak-MAIPk sentiasa mengambil maklum bagi menyantuni kelompok yang terjejas selain mengalami kesempitan hidup.