IPOH – Perak akan beralih pada fasa ketiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) apabila 40 peratus rakyat negeri ini telah menerima suntikan vaksin bagi memenuhi standard nilai ambang yang ditetapkan.

Sehingga 21 Julai, seramai 600,627 (32.25 peratus) daripada penduduk Perak berumur 18 tahun ke atas telah menerima dos pertama manakala 311,793 (10.8 peratus) lengkap dos kedua.

GERIK - Seekor gajah jantan liar telah berjaya ditangkap pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) negeri Perak di ladang sawit Felda Bersia Timur Gerik pagi tadi.

Haiwan itu ditangkap kira-kira pukul 10 pagi oleh sepasukan anggota Unit Tindakan Gajah Negeri (UTG) Perak setelah dijejaki selama tiga jam.

LUMUT - Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk ikan ketutu dan ikan kelah tanpa permit dari negara Indonesia dalam pemeriksaan di Pelabuhan Lumut di sini hari ini.

Ikan-ikan tersebut dipercayai cuba dibawa masuk melalui pintu masuk MAQIS Pelabuhan Lumut, Perak, hari ini.

IPOH - Satu kejadian kebakaran telah memusnahkan sebuah bangunan bekas rumah guru di Jalan Dato Onn Jaafar di sini yang juga terletak di kawasan Kampung Kuchai pagi tadi.

Kebakaran juga nyaris merebak pada bangunan bekas Sekolah Melayu Kampung Kuchai yang berusia lebih 120 tahun.

IPOH – Semua pelajar anak Perak yang pulang bercuti ke rumah masing-masing diminta tampil membuat ujian saringan secara percuma di mana-mana klinik kesihatan terdekat.

Ia sebagai langkah-langkah pencegahan penularan wabak Covid-19 terutamanya bagi mereka yang pulang dari Lembah Klang.