IPOH -  Dianggarkan 1.1 hingga 1.4 juta kenderaan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan menuju utara sepanjang cuti hujung ming­gu ini ekoran dari kebenaran rentas negeri.

Jangkaan yang dikeluarkan oleh PLUS Malasyia Bhd. (PLUS) menerusi jurucakap PLUS cawangan utara hari ini berkata, kesesakan diramal berlaku di laluan masuk ke Jambatan Pulau Pinang.

KUALA KANGSAR – Sepasukan anggota polis daripada Bahagian Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Kangsar telah menahan tiga lelaki dipercayai terlibat dalam kegaiatan penyalah gunaan dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Chandan Putri di sini semalam.

Identiti ketiga-tiga mereka disahkan sebagai seorang pengarah, penolong pengarah dan pelakon sebuah syarikat produksi berumur dalam lingkungan 20an hingga 40an.

SELAMA - Pembinaan Jajaran Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) Seksyen 11 yang mengalami kelewatan akibat prestasi kontraktor yang tidak memuaskan telah diatasi.

Ia berikutan lantikan kontraktor baharu oleh pihak Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) dan memberi jaminan projek jajaran ini akan siap pada 2024.

IPOH - Gerbang Malam bakal berubah wajah dan dijangka akan menjadi tarikan pelancong apabila struktur teduhan (bumbung) sepanjang 180 meter yang bernilai RM2.8 juta dijadualkan siap menjelang 8 Mac 2022.

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin @ Md Daud berkata, kerajaan negeri meluluskan peruntukan sebanyak RM2.6 juta untuk pembinaan bumbung itu manakala baki RM200,000 adalah daripada Majlis Bandaraya Ipoh (MBI). 

PUTRAJAYA – Kaedah kehadiran murid secara penggiliran mengikut minggu akan digunakan pada pembukaan semula sesi persekolahan tahun ini yang akan dilanjutkan sehingga Februari tahun depan.

Kapasiti kehadiran murid pula ditetapkan 50 peratus daripada jumlah keseluruhan bagi mengurangkan jumlah dalam kelas dan risiko penularan Covid-19.