IPOH - Bendera Perak akan dikibarkan separuh tiang tiga hari bermula esok hingga Isnin depan sebagai menghormati kemangkatan Ratu Elizabeth II.

Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah telah berkenan supaya bendera negeri dikibar separuh tiang bagi menzahirkan rasa dukacita baginda di atas kemangkatan Ratu Elizabeth II.

IPOH: Perancangan dan kertas kerja sedang diatur bagi membolehkan Lembah Lenggong menepati kriteria yang ditetapkan untuk mendapat pengiktirafan UNESCO Global Geopark.

Ahli Parlimen Lenggong, Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah memaklumkan, pihaknya optimis pengiktirafan itu akan diperoleh pada awal tahun 2024.

SERI ISKANDAR - Perak terus menerima pelaburan luar apabila syarikat pembuat komponen elektrik dan elektronik, XP Power Pte Ltd. memilih untuk membina kilang baharunya di sini.

Pembinaan kilang di kawasan seluas 8.5 hektar di Taman Perindustrian Farmaseutikal Seri Iskandar akan bermula bulan ini dan dijangka beroperasi sepenuhnya pada 2024.

IPOH: Perak merupakan negeri kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia yang mencatatkan keluasan Tanah Rizab Melayu selepas Kelantan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata daripada jumlah keseluruhan, Perak menyumbang kepada 19 peratus jumlah Tanah Rizab Melayu di Malaysia.

IPOH - Dato' Mohd. Yusri Hj. Hassan Basri kini dilantik sebagai Ketua Polis Perak yang baharu menggantikan Dato'Meor Faridalathrash Wahid yang bersara.

Kelmarin, majlis pemakaian pangkat Komisioner Polis (CP) telah disempurnakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani sebelum mengambil alih jawatan tersebut daripada pemangkunya, Dato' Pahlawan Azizi Mat Aris.