IPOH- Isu penggondolan bukit batu kapur akibat industri pengkuarian yang dikatakan mencerobohi kawasan geopark mendapat perhatian dari kerajaan negeri.

Menteri Besar Perak, Dato’ Saarani Mohamad berkata, aktiviti kuari di Gunung Terundum, Gunung Rapat dan Gunung Lanno telah diwartakan sebagai Zon Ekonomi Industri Asas Mineral/Batuan dalam Rancangan Tempatan Majlis Daerah Batu Gajah 2025.

IPOH, 29 Januari 2021 - Kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Galian Perak akan melaksanakan projek e-Tanah iaitu sistem berkomputer bersepadu bagi meningkatkan kecekapan pentadbiran tanah mulai 15 Februari ini.

Menteri Besar, Dato’ Saarani Mohamad berkata, Projek e-Tanah membolehkan pengguna mengemukakan permohonan dan pembayaran cukai tanah secara atas talian.

 

IPOH- Kesan daripada pengurangan pelepasan karbon sebanyak 8.69% dan peningkatan “Carbon Sequestrations” sebanyak 0.57%, Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) telah menerima pengiktirafan ‘Diamond Rating’.

Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin berkata pengiktifaran yang diberi oleh Low Carbon Cities Steering Committee pada 25 Januari 2021 yang dipengerusikan oleh  Ketua Setiausaha Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah menyuntik semangat untuk terus mencapai visi Cabaran Bandar Rendah Karbon 2030 (LCC2030C).

 

Ipoh – Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin, mengajak wargakota Ipoh agar terus memperkuatkan semangat, keazaman dan ikhtiar untuk bersama -sama membendung pandemik COVID-19 dalam situasi ekonomi yang mencabar.

Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bersama-sama kerajaan negeri akan memastikan kesejahteraan rakyat terus terbela walaupun melalui pelbagai rintangan dan cabaran untuk memulihkan ekonomi negara bagi memastikan tiada golongan yang tercicir atau tertinggal.

Kuala Lumpur, 16 Januari : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memutuskan sesi persekolahan secara bersemuka yang bermula 20 Januari 2021 bagi seluruh negara hanya akan melibatkan murid calon peperiksaan 2020 seluruh negara.

Keputusan itu dipersetujui setelah KPM mengadakan perbincangan bersama Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berikutan jumlah kes jangkitan COVID-19 pada 16 Januari 2021 dan trend kes yang semakin meningkat kebelakangan ini.