- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 463
TAIPING – Caj upah bagi khidmat menggunting dan dandanan rambut bakal naik antara RM1 hingga RM3.
Perubahan caj ini dipersetujui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) dengan tujuh persatuan penyedia perkhidmatan tersebut sesuai dengan pertambahan kos.
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 461
BATU KURAU - Masuk hutan cari orkid sehingga sesat kerana lupa jalan keluar.
Demikian perasaan cemas dilalui sepasang suami isteri bersama dua rakan mereka yang keluar mencari orkid di Hutan Simpan Redang Panjang dekat sini semalam.
Kejadian berlaku kira-kira jam 7 malam semalam melibatkan mangsa terdiri daripada lelaki 71 tahun bersama isterinya yang berusia 42 tahun dan dua rakan wanita berusia 47 dan 60 tahun.
Difahamkan, mereka memasuki kawasan kebun kelapa sawit di Batu 23, Redang Panjang pada petang semalam untuk mencari pokok bunga orkid sebelum sesat.
Jurucakap bomba memaklumkan, salah seorang daripada mangsa kemudian berjaya menghubungi pihak bomba pada jam 7.14 malam menggunakan telefon bimbit meminta bantuan.
“Susulan kejadian ini, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Kurau diketuai Komander Operasi, Mohamed Habib Mohamed Dali telah dikerah ke tempat kejadian bagi melancarkan operasi mencari dan menyelamat dengan dibantu empat anggota polis.
“Kesemua mangsa berjaya ditemui lima kilometer dari Pusat Kawalan Operasi pada jam 12.35 tengah malam,” kata jurucakap tersebut dalam satu kenyataan hari ini.
Kesemua mangsa dibawa keluar dari hutan itu dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan.
Operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada jam 2.45 pagi.
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 1709
IPOH – Khidmat petugas pembersihan kadang-kadang hanya dipandang sebelah mata oleh segelintir anggota masyarakat, malah ada yang mengganggap bidang tugas ini pekerjaan ini kelas bawahan.
Realitinya, ramai yang kurang menghargai petugas pembersihan yang bertungkus lumus menyempurnakan tanggungjawab untuk memastikan kebersihan di kejiranan kita bersih.
Bagi pekerja pembersihan Majlis Bandaraya Ipoh (MBI), waktu kerja mereka bermula seawal jam 6.45 pagi dan hanya berakhir pada jam 4 petang.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Dalam Negeri
- Hits: 576
IPOH - Industri perhotelan Perak kembali aktif setelah menerima 1,030 tempahan selepas pengumuman Perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pelancongan, Datuk Nolee Ashilin Mohamed Radzi berkata, lebih 40 dari 100 lebih pengusaha hotel yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) telah menerima tempahan dan ianya di luar jangkaan.
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Dalam Negeri
- Hits: 501
IPOH - Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menegaskan bahawa Kerajaan Negeri menerima pakai semua pembukaan sektor dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan.
Beliau berkata demikian berikutan pengumuman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), menunjukkan penularan pendemik Covid-19 semakin terkawal sekaligus membuka peluang semula perniagaan dan ekonomi rakyat.