IPOH - Konsep makan sepuasnya menjadikan kunjungan pelanggan ke MAYA Steamboat & BBQ Ipoh yang terletak di Jalan Sultan Idris Shah ternyata memberikan kepuasan jiwa.
 
Bukan restoran sebarang, sebaliknya ia menyajikan gabungan citarasa oriental dan barat yang pastinya menepati dengan selera penggemarnya.
 

IPOH – New Yorker Cafe yang terletak di Manhattan Business Centre, Jalan Pasir Puteh di sini menghidangkan makanan barat dan timur pada harga mampu poket.

Walaupun namanya berbaur bahasa Inggeris, namun jangan cepat salah anggap kerana kafe yang sebahagian daripada premis milik Hotel Manhattan ini memiliki pensijilan halal.

 

Teppanyaki merupakan gaya penyediaan makanan yang popular di negara Jepun dan kini ia semakin digemari di Malaysia.

Sekiranya di hujung minggu anda ingin menjamu selera dengan sesuatu yang berbeza dari rutin harian, Weil Hotel satu-satunya hotel yang menyajikan makanan berkonsepkan terbuka.

Melangkah sahaja ke Kopitiam Rokiah, perasaan bagai diheret ke era klasik 50-an, takala alunan merdu suara primadona Rokiah Wanda ‘Bulan Ditutup Awan’ menerjah ke rongga telinga.

Di sinilah tempat ‘eksklusif’ melarikan diri sejenak dari kesibukan metropolitan  sambil menikmati sajian yang bisa menjemput kerinduan kepada kampung halaman.

Kepada yang mengawal keseimbangan diet seharian terutamanya sewaktu berbuka puasa, dim sum antara sajian yang menjadi pilihan kerana ianya mengandungi sebilangan nutrisi didalam piramid makanan.

Canning Dim Sum yang terletak di Taman Canning  Ipoh,  mampu memeriahkan iftar Ramadan anda bersama keluarga.  Lebih 50 jenis sajian yang disediakan oleh chef berpengalaman tanpa mengunakan bahan-bahan pengawet dan pewarna tiruan.