- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Dalam Negeri
- Hits: 289
IPOH - Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) merekodkan prestasi kewangan yang memberangsangkan tahun 2021 apabila mencatatkan pendapatan sebanyak RM830 juta berbanding RM410.7 juta sebelumnya.
Daripada sudut pengoperasian, pendapatan yang direkodkan pada tahun 2021 adalah sebanyak RM511 juta iaitu peningkatan sebanyak 24.5 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Read more: Perak SADC catat prestasi memberangsangkan, berkongsi rezeki
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 274
KUALA LUMPUR - Pengumuman terbaharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) pelitup muka akan diumumkan minggu ini.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pihaknya akan mengumumkan kelonggaran demi kelonggaran berkenaan SOP pematuhan dan penguatkuasaan selari dengan kejayaan negara mengawal pandemik Covid-19.
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 288
IPOH - Masjid Hajjah Puteh Mahami di Bercham Raya di sini pagi tadi diimarahkan dengan kehadiran lebih 200 jemaah pada program Singgah Sahur dan Tazkirah Subuh Bersama Media dan Belia Negeri Perak.
Program sempena Ramadan itu diserikan dengan kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri beserta pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan.
Read more: Program singgah sahur suburkan semangat bersama komuniti
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 522
IPOH - Hasrat untuk meletakkan Ipoh sebagai bandaraya seni berada pada landasan yang betul apabila sebuah studio perfileman digital bakal beroperasi sekali gus menjadi hub industri itu di wilayah utara.
Ini berikutan penubuhan Pincer MBI Studio Sdn. Bhd. (Pincer MBI Studio) apabila mengambil alih Studio PINCER di Meru Raya di sini.
Read more: Pincer MBI Studio letak Ipoh sebagai hub industri seni
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 550
IPOH -Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengadakan lawatan rasmi ke Jabatan Kesihatan Negeri Perak hari ini.
Sesi lawatan tersebut dimulakan dengan kunjungan ke bangunan warisan berusia 138 tahun yang telah dibina pada tahun 1884 di Hospital Batu Gajah.
Bangunan ini merupakan bangunan pentadbiran hospital selepas zaman pemerintahan British.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataan memaklumkan, pada tahun 2021 bangunan telah dibaik pulih dan diubah suai untuk dijadikan sebagai Muzium Warisan.
Ia bagi menempatkan pelbagai artifak peralatan perubatan yang digunakan di fasiliti-fasiliti kesihatan.
Manakala tingkat bawah pula menempatkan Unit Kejururawatan, Unit Kawalan Infeksi dan Unit Kualiti.
"Menteri Kesihatan juga melawat wad ‘Long Covid’ dan Rehabilitasi Hospital Batu Gajah yang pertama diwujudkan di Negeri Perak di bawah Kluster Hospital Ipoh.
"Asalnya, wad ini merupakan wad rehabilitasi yang telah beroperasi sejak tahun 2012.
"Namun pada tahun 2021 ketika kes Covid-19 meningkat, wad ini telah juga diguna sebagai Wad Covid tambahan berkapasiti 22 katil," ujar kenyataan itu.
Pada Januari 2022, dengan kerjasama Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan Kluster Ipoh, wad ini telah dijadikan Wad Rehabilitasi & Long Covid berkapasiti 16 katil.
Inisiatif ini bagi membantu pesakit-pesakit Long Covid yang memerlukan rawatan rehabilitasi untuk kembali menjalani kehidupan normal.
Kata kenyataan itu lagi, Menteri Kesihatan mengadakan lawatan ke Makmal Kesihatan Awam Ipoh untuk melawat kabin yang digunakan sebagai Makmal Penjujukan Asid Nukleik dan Bioinformatik.
Fasiliti ini digunakan bagi menjalankan saringan Variant of Concern (VOC) dan Whole Genome Sequencing (WGS) untuk negeri-negeri Zon Utara.
Lawatan kemudian diteruskan ke Kompleks Kanak-Kanak, Wanita dan Kardiologi (KWKK) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
"Bangunan 10 tingkat KWKK merupakan bangunan yang menempatkan perkhidmatan Obstetrik & Ginekelogi, Pediatrik dan Kardiologi.
"Bangunan ini dibina dengan kos sebanyak RM 237 Juta dan mula diduduki pada Disember 2019 dilengkapi 404 katil dan memberikan manfaat kepada masyarakat di negeri Perak," ujarnya.
Turut dilawati Menteri Kesihatan ialah Jabatan Trauma dan Kecemasan HRPB.
Jabatan ini mempunyai potensi untuk dikembangkan dan ditambahbaik ruang-ruang yang telah dikosongkan oleh Jabatan Pediatrik agar dapat memenerikan perkhidmtan yang lebih efisyen dan selesa kepada masyarakat.