HRPB Anjur Program Derma Darah Sabtu, Ahad Ini
- Details
- Sheqal Danish
- Dalam Negeri
- Hits: 642
IPOH - Unit Perolehan Darah Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh memerlukan sokongan masyarakat bagi mengisi bekalan tabung darah di hospital berkenaan.
Ini berikutan bekalan darah sedia ada semakin berkurangan disebabkan jumlah penderma yang merosot sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Sehubungan itu, tempoh PKP Bersyarat (PKPB) ketika ini diharap dapat digunakan oleh masyarakat yang prihatin bagi mengisi bekalan darah HRPB.
Bagi tujuan tersebut, Unit Perolehan Darah HRPB akan menganjurkan program derma darah di beberapa lokasi awam sekitar Ipoh pada Sabtu dan Ahad ini.
Lokasi berkenaan pada hari Sabtu ialah di pusat beli-belah Aeon Kinta City bermula jam 11 pagi hingga 4 petang, Dewan St. John Ambulance (9.30 pagi - 3 petang) dan Persatuan Soka Gakkai Perak (9 pagi - 2 petang).
Pada hari Ahad pula program derma darah akan diadakan di Aeon Kinta City dan Aeon Station 18, Pengkalan pada jam 11 pagi hingga 4 petang dan Dewan St John Ambulance (9.30 pagi - 3 petang).
Justeru, orang ramai adalah dipohon untuk menderma darah bagi meningkatkan simpanan darah di HRPB bagi membantu pesakit-pesakit yang memerlukan.
Sumbangan anda akan membantu menyelamatkan nyawa.