S.M.A.R.T Niaga@Perak Tawar Pelbagai Keistimewaan
- Details
- Rosli Mansor Hj. Ahmad Razali
- Dalam Negeri
- Hits: 400
IPOH, 14 Mei - Kerajaan negeri Perak melalui Digital Perak Corporation Holding (Digital Perak) hari mementerai kerjasama S.M.A.R.T Niaga@Perak melalui memorandum persefahaman (MoU) bersama syarikat pengendali platform e-dagang.
Antara syarikat terbabit ialah Lazada Malaysia, Shopee Malaysia, syarikat pengendali bayaran ‘e-wallet’ Boost, Axiata Digital Ecode Sdn.Bhd. (Boost) serta Axiata Digital Capital Sdn. Bhd. (Aspirasi).
Majlis Pelancaran S.M.A.R.T Niaga@Perak ini telah disempurnakan Setiausaha Bahagian, Bahagian Kerajaan Tempatan, Azrul Sani Ibrahim sebagai mewakili Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan serta memangku Portfolio Komunikasi dan Multimedia negeri, Dato’ Nole Ashilin Dato’ Mohammed Radzi.
Pemangku Ketua Pengawai Eksekutif Digital Perak, Meor Rezal Fitri Dato’ Dr. Meor Redwan berkata melalui S.M.A.R.T Niaga@Perak orang ramai akan menerima pelbagai insentif menarik yang telah disediakan oleh syarikat-syarikat e-dagang terutamanya menjelang musim perayaan ini.
“Dengan adanya platform yang diilhamkan oleh kerajaan negeri ini, diharap akan membuka lebih luas peluang perniagaan terutamanya kepada para peniaga tradisional bagi memasarkan barangan mereka secara diatas talian”, katanya
Pihak shopee melalui pakej sokongan digitalisasi ‘Shopee Seller’, mengecualikan yuran komisen serta menawarkan baucer berjumlah RM400, kridit iklan My Ads sebanyak RM200, penghantaran percuma bagi pembelian minimum sebanyak RM19 selama dua minggu dan krusus latihan percuma e-dagang daripada Universiti Shopee kepada para peniaga baru.
Menurut Meor Rezal, pihak lazada juga menawarkan pengecualian yuran penyenaraian, yuran komisen, caj transaksi selama 30 hari serta krusus latihan percuma e-dagang dari Universiti Lazada kepada para peniaga baru di bawah Pakej Kedai Pintar di samping menghubungkan mereka kepada perkhidmatan pinjaman mikro dan lain-lain dalam ekosistem Lazada.
“Bagi tujuan membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang terkesan akibat pendemik Covid-19, pihak Aspirasi menyediakan pembiayaan mikro ‘Aspirasi Assist Covid-19’ sebagai modal kerja RM1,000 sehingga RM10,000 dan juga perlindungan insuran Covid-19”, katanya.
Kepada para peniaga di negeri Perak yang ingin membuat pendaftaran S.M.A.R.T Niaga@Perak bolehlah berbuat demikian melalui portal DigitalPerak https://digital.perak.my/smartniaga sehingga hujung tahun ini.