PUTRAJAYA – Kerajaan hari ini mengumumkan sekatan tambahan dengan memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengekang penularan Covid-19 di seluruh negara berkuat kuasa Selasa depan. 

Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, arahan bekerja dari rumah (BDR) akan dilaksanakan membabitkan enam juta pekerja di seluruh negara yang meliputi 80 peratus kakitangan awam (750,000 pekerja) dan 40 peratus di pekerja sektor swasta. 

IPOH - Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria, 82, disahkan positif Covid-19 dan menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB). 

Selain itu, empat kakitangan Jabatan Mufti Perak turut disahkan positif virus tersebut.

KUALA LUMPUR - Rangkaian restoran makanan segera, McDonald's Malaysia menafikan pihaknya menyalur bantuan kepada Israel serta menyifatkan perkara itu sebagai pembohongan dan fitnah.

McDonald’s Malaysia (Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd) telah diambil alih sepenuhnya syarikat Reza Group dari Arab Saudi bersama seorang rakan niaga tempatan sejak 2017 dengan ekuiti syarikat tersebut dimiliki oleh mereka yang beragama Islam.

PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel menyerang bumi Palestin yang dianggap sebagai perbuatan zalim serta tidak berperikemanusiaan. 

Beliau juga meminta supaya serangan yang dilakukan rejim Israel itu sejak Ramadan lalu sehingga ke hari ini perlu dihentikan serta merta.

PUTRAJAYA – Dua lokasi di Perak dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan peningkatan jangkitan Covid-19 secara mendadak.

Lokaliti tersebut ialah Mukim Taiping, daerah Larut Matang dan Selama berikutan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat peningkatan kes bagi 3 kluster aktif di Mukim Taiping iaitu Kluster Jalan Kolam Dua di Kampung Expo, Kluster Jalan Pokok Assam di Kampung Pokok Assam dan Kluster Jalan Sepat di Kamunting.