Memulakan kerjaya awal sebagai seorang penjaga kolam renang di salah sebuah tempat rekreasi terkemuka negara, kini usaha dan pengalamannya selama 17 tahun dalam industri pelancongan mungkin boleh dijadikan inspirasi kepada generasi muda.

Dilantik menerajui salah sebuah anak syarikat Sunway Group, Lost Of Tambun Ipoh, pada tahun 2017 sebagai Pengurus Besar, Nurul Nuzairi Mohd Azahari ternyata layak kerana berpengalaman luas dalam sektor pelancongan di Malaysia dan luar negara.

“Saya bersekolah di Perlis dan kebanyakkannya lepasan SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) yang bersekolah di Perlis, akan berhijrah sama ada menyambung pelajaran atau berkerja di luar Perlis.

“Pada tahun 1994 selepas SPM, saya menyambung pelajaran dalam bidang Sains Sukan dan Rekreasi di pusat pengajian tinggi,” katanya dalam satu temubual ekslusif bersama Peraktastic.com di Lost World of Tambun (LWoT), Ipoh, pada Sabtu.

Menurutnya, biarpun bidang perkerjaan beliau tidak menjurus ke arah kesukanan, namun ia berkait rapat dengan rekreasi yang sememangnya menjadi minat beliau.

Selain pernah berkerja dalam sektor pelancongan di Pahang dan Langkawi, beliau juga berpengalaman dalam industri  pelancongan antarabangsa iaitu di Thailand selama 5 tahun.

Pengalaman yang beliau miliki itu, digunakan sebaik mungkin sebagai panduan untuk mengetuai pengurusan tertinggi di taman tema terkemuka di Negeri Perak ini.

Beliau juga selain memegang jawatan sebagai pengurus besar di LWoT, beliau juga adalah  Presiden Persatuan Hotel-hotel Malaysia Cawangan Perak, Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Pelancongan Perak, Timbalan Presiden Persatuan Tenis Ipoh dan Timbalan Presiden Kelab Permotoran.

PERANANNYA MENERAJUI LWOT

Menurut Nurul Nuzairi, dalam keadaan pandemic Covid19 yang melanda seluruh dunia sejak tahun 2020 lalu, LWOT turut terkesan kerana terpaksa menutup operasinya beberapa kali.

Sebagai orang yang diberikan amanah untuk memulihkan kembali serta menaikkan semula taman tema ini, pelbagai perancangan telah dibuat.

“LWOT adalah salah satu produk pelancongan di Perak dan  kita sentiasa cuba menambah baik taman teman ini selaras dengan apa yang kita janjikan kepada semua pengunjung iaitu sekurang-kuranngnya satu tarikan baru diwujudkan setiap tahun.

“Memandangkan 2020 dilanda wabak covid penutupan beberapa kali, maka pada tahun 2020 kita  telah melancarkan ‘Super Adventure Race’, yang mana ia adalah salah satu tarikan air sesuai untuk seisi keluarga sama ada dewasa mahupun kanak-kanak,” jelasnya.

Tambahnya, pada tahun 2021, iaitu pada bulan April lalu, LWOT telah mengumumkan pasangan badak air LWOT,  Juwita iaitu Jiwang.

Selain itu, katanya para penduduk di sekitar Ipoh khususnya yang mempunyai keahlian LWOT boleh kembali menikmati keriangan di Kolam Air Panas ‘Night Hotspring’.

Ia adalah kolam air panas semula jadi yang mempunyai banyak khasiat kepada tubuh badan menerusi sumber mineral yang terdapat di situ.

TOTAL COMPLETE VACATION

Nurul Nuzairi juga berkata, konsep yang cuba diketengahkan oleh LOWT adalah ‘Total complete Vacation’ yang mana pengunjung taman tema boleh memilih untuk menghabiskan percutian mereka seharian di situ/

“Para pengunjung boleh menginap dan bermalam di hotel yang tersedia di sini disamping meluangkan masa sehari di LWOT.

“ Ini kerana di kawasan ini terdapat makanan dan minuman yang dijual di gerai-gerai merangkumi kesemua makanan yang boleh didapati di Perak.

Bagi mengekalkan LWOT sebagai produk pelancongan di negeri ini, katanya selain penerapan nilai-nilai keriangan, konsep eko-pelancongan amat dititik beratkan.

“Pelancong yang datang ke sini, boleh menikmati keindahan alam semula jadi yang wujud menerusi gua yang terdapat di sini dan dijadikan tempat beriadah bersama keluarga.

“Itu adalah konsep supaya pengunjung yang rata-ratanya datang dari bandar-bandar besar dapat merasai alam konsep alam semulajadi selain memberikan sumber inspirasi bersama kluarga.

Katanya lagi, terdapat gunung-ganang di sekitar taman tema ini antaranya ialah Gunung Datuk dan Gunung Six Mile Tunnel.

Kedudukan Tambun yang berada di kaki Banjaran Titiwangsa, juga sangat dekat dengan Gunung Korbu dan ini memberika persekitaran udara yang sangat baik.

“LWOT telah melancarkan ‘Staycation’ yang mana berkonsepkan percutian yang lengkap.

Dengan cari ini katanya, bagi mereka yang mahu berada di dalam bilik hotel, pelbagai kemudahan disediakan sambil menikmati pandangan ke arah alam semula jadi yang diberi nama ‘needle of tambun’.”

Katanya, ia adalah rupa bentuk batu-batu kapur yang terhasil secara semula jadi dengan ketinggian 140.5 meter dan ia sudah pun dimasukkan dalam peta GeoPark Lembah Kinta yang diberikan pengiktirafan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak.

PEMANKIN PELANCONGAN IPOH

LWOT sejak dibuka pada tahun 2004, ia adalah pemangkin kepada pelancongan di kawasan Bandaraya Ipoh, daerah Kinta khusus di Tambun

Katanya, kedatangan seramai 1 juta pengunjung setahun, memberikan impak kepada kawasan di sekeliling taman teman ini.

“LWOT amat berkait rapat dengan warga penduduk Tambun kerana rata-rata pekerja tinggal di kawasan berdekatan, selain perniagaan hotel bajet dan inap desa yang dibuka di sini.

Sama seperti LWOT yang menutup operasi kepada orang ramai, pada setiap hari Selasa, restaurant dan kedai-kedai yang berhampiran juga mengikuti jadual itu secara tidak langsung.

Selain itu, katanya disebabkan LWOT yang beroperasi dalam waktu yang panjang setiap hari, ia juga memberikan peluang kepada pengunjung untuk bermalam di situ mahupun di lokasi berhampiran

Oleh itu, pelancong dari luar Perak khususnya akan menggunakan kesempatan itu untuk berkunung ke kawasan berdekatan misalnya Gerbang Malam,. Kellie’s Castle ataupun Concubine Lane.

Justeru, ia turut menyumbang kepada ekonomi setempat secara tidak langsung akan meningkatkan industri  pelancongan kawasan ini.

Ipoh katanya, sememang terkenal sebagai ‘syurga makanan’ disamping mempunyai tempat tarikan pelancongan.

LWOT dengan itu, mengambil inisiatif dengan menyediakan makanan-makanan terkenal Ipoh , di gerai-gerainya.

KERJASAMA LWOT BERSAMA MAJLIS BANDARAYA IPOH (MBI)

Nurul Nuzairi menjelaskan, kerjasama paling ketara antara pihak LWOT dengan MBI adalah dari segi lanskap dan juga pengurusan sisa pepejal.

“Apa yang kita lihat adalah gandingan antara Sunway dan MBI menerusi keindahan lanskap di Sunway City ini . MBI sentiasa memastikan kecantikan kawasan Tambun ini terjaga.

Dalam pada itu, pihak LWOT turut meminta orang ramai terutamanya pengunjung yang mahu ke lokasi tersebut disebabkan projek menaiktaraf jalan di Tambun menimbulkan rasa kekeliruan kepada mereka.

Katanya juga, bagi memudahkan serta memendekkan masa perjalanan dari Ipoh ke Tambun, pihak LWOT telah menghapuskan semua lampu trafik yang mana jika dahulu mengambil masa 15 minit untuk ke taman teman ini, kini hanya 5 minit sahaja perjalanan ke situ.

Tambahnya, secara tidak langsung, nilai hartanah di kawasan itu akan naik apabila projek naiktaraf itu siap sepenuhnya disamping untuk meningkatkan ekonomi kawasan Tambun.

Bagi pengurusan sisa pepejal pula, MBI telah memberikan komitmen yang sangat baik kerana ia akan memberikan gambaran yang baik kepada pengunjung.

SUNWAY MEDICAL CENTRE – NEW PROJECT

Beliau turut memaklumkan sebuah lagi projek baru yang bakal menaikkan lagi ekonomi negeri Perak iaitu Sunway Medical Centre (SMC)

“Projek ini dijangka siap pada tahun 2024 sekaligus dapat meningkatkan kualiti perkhidmatan sedia ada di LWOT ini,” ujarnya.

Pelancongan perubatan adalah industri yang memberi sumbangan yang besar kepada ekonomi negeri.

Selain datang untuk tujuan perubatan, ia juga dapat menikmati percutian bersama ahli keluarga yang hadir.