IPOH: Pihak produksi penggambaran yang mengakibatkan kerosakan fosil berusia jutaan tahun dan dinding di Gua Matsoorat di sini, sudah dikenakan denda, kata Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin.

Mengulas lanjut mengenai perkembangan terkini hasil kajian berhubung nilai kerosakan aset warisan itu, Rumaizi berkata pihaknya dalam fasa akhir menunggu jawapan pakar dari Universiti Sains Malaysia (USM).

 

IPOH- Datuk Bandar Ipoh, Dato' Rumaizi Baharin@Md Daud, malam tadi melancarkan program Mid Autumn Carnival' yang berlangsung selama dua bermula 3 hingga 4 September 2022.

Menurut Rumaizi, perayaan Kuih Bulan atau perayaan pertengahan musim luruh merupakan perayaan hasil pertanian yang disambut pada hari ke-15 pada bulan ke lapan pada kalendar Cina iaitu pada akhir bulan Ogos hingga akhir bulan September.

TAIPING: Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) telah menerima sebanyak 558,949 pelawat setakat Ogos tahun ini, ujar Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Khairul Amir Mohamad Zubir.

Beliau berkata jumlah itu mencatatkan rekod tertinggi berbanding tahun sebelumnya iaitu 2021 dengan 464,391 pelawat dan 2020 dengan 361,696 pelawat.

IPOH: Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan bekerjasama dengan beberapa persatuan kedai kopi bagi membangunkan semula People's Park, di sini yang sebelum ini menjadi lokasi popular dalam kalangan pengunjung.

Taman rekreasi yang sinonim dengan bandar raya Ipoh itu dikatakan 'hidup' dan rancak dengan aktiviti perniagaan sekitar tahun 80-an, malangnya kini bertukar sepi.

IPOH: Pincer MBI Studio Sdn Bhd dengan kerjasama Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) akan menganjurkan Majlis Menghargai Jasa Hero-Hero Malaysia dan Tayangan Perdana Filem Juang pada 5 September ini.

Majlis berkenaan akan diadakan di Golden Screen Cinema (GSC), Ipoh Parade di sini khusus untuk meraikan dan menghargai pengorbanan petugas barisan hadapan ketika negara berperang dengan COVID-19.